UMNO Rakam Takziah Atas Pemergian Ketua Pemuda Beluran


KUALA LUMPUR, 27 Jan – UMNO, seluruh kepimpinan dan ahli merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Beluran, Mohd Fazli Zikiri yang meninggal dunia lebih kurang pukul 2.24 petang tadi.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu status di Facebooknya memaklumkan, Allahyarham sebelum ini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di perut beliau.

“Mewakili keluarga besar Pemuda UMNO Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah buat keluarga Arwah.

“Kami menjadi saksi Arwah seorang pemimpin muda yang baik dan berakhlak tinggi. Moga syurga tempat kamu hidup tenang di sana wahai sahabatku,” ujarnya lagi.

Didoakan semoga Allahyarham ditempatkan di dalam kalangan orang-orang yang beriman. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.