UMNO Rakam Takziah, Ismail Kijo Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 3 Feb – UMNO, seluruh kepimpinan dan ahli merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo yang meninggal dunia hari ini. Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya dilapor meninggal dunia kira-kira 12.30 tengah hari tadi. Didoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan yang […]

» Read more

PKP 2.0 Gagal, Harus Buat Penambahbaikan Supaya Tak Susahkan Rakyat – Shahrul Nasrun

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Exco Pemuda UMNO, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin berkata Pelaksanaan Perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 terbukti gagal membendung penularan COVID-19 apabila kes yang dicatatkan terus meningkat naik sehingga menghampiri paras 6,000 kes sehari. Katanya, PKP bukan hanya perlu lebih diperketat, malah garis panduan lebih konkrik juga perlu dirangka dalam menangani COVID-19 supaya tidak menyusahkan rakyat dan […]

» Read more

Pendedahan Tommy: Apakah Benar Banyak Campur Tangan Dalam Proses Keadilan? – Zahida

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, banyak perkara yang perlu dijawab oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana ada banyak keraguan yang timbul tentang perjalanan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Soalnya, apakah benar banyak campur tangan proses keadilan untuk membebaskan rakan dan pendakwaan terpilih kerana bermotif […]

» Read more

Program Beras Percuma Perlu Diperluas, Tempat Lain Juga Perlukan Bantuan – Zahid

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap agar program pemberian beras percuma yang dilaksana di Wilayah Persekutuan di bawah program MyBeras@Wilayah diperluaskan ke negeri lain supaya bersifat menyeluruh. Terdahulu beliau yang juga Pengerusi Barisan Naional (BN) mengucapkan tahniah kepada warga Wilayah Persekutuan yang kurang berkemampuan kerana bakal menerima sekampit beras secara percuma setiap […]

» Read more

Bengkel Teknik Menjawab Soalan SPM 2020 Bersama Ketua Penerangan UMNO

KUALA LUMPUR, 2 Feb – Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula pada 22 Februari ini setelah dipinda berikutan penularan pandemik COVID-19. Sehubungan itu, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan mempelawa para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan ini untuk menyertai bengkel teknik menjawab soalan SPM 2020. “Tidak lama lagi pelajar Tingkatan 5 akan menduduki peperiksaan SPM. Ramai di luar sana terkesan […]

» Read more

‘CZAR’ Baharu Lawan COVID-19… Tangani Sebagai Masalah Nasional – Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 2 Feb – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan sudah tiba waktunya pandemik COVID-19 tidak hanya dianggap sebagai krisis kesihatan, tetapi sebagai masalah nasional dengan setiap kementerian tidak lagi boleh bekerja secara berasingan. Kita memerlukan Czar baharu dan pendekatan baru bagi memerangi ,” tegasnya Katanya, kita memerlukan Czar baharu dan pendekatan baharu bagi memerangi pandemik COVID-19.  […]

» Read more

PKP Dilanjutkan Sehingga 18 Feb – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 2 Feb – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang sedang dilaksanakan di seluruh negara kecuali Sarawak, yang dijadualkan berakhir pada 4 Feb ini, dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 18 Feb depan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu diambil atas penilaian risiko dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menyaksikan trend peningkatan […]

» Read more

Zahid Beri Jaminan Akan Ketengahkan Lebih Banyak Isu-isu Berkaitan Rakyat

KUALA LUMPUR, 2 Feb – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan akan mengetengahkannya sebanyak yang boleh isu-isu berkaitan rakyat dengan menjadikan media sosial sebagai platform untuk berinteraksi dan bersuara. Beliau mengakui ramai yang meminta untuk diketengahkan lebih banyak isu terutama berkaitan bebanan dan kesukaran hidup pada masa ini, pengangguran dan bermacam-macam lagi. “Namun saya berharap saudara […]

» Read more

UMNO Rasional, Realistik… Sentiasa Pejuang Nasib Rakyat – Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 2 Feb – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata parti itu sentiasa memberikan pandangan yang membina kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara. Katanya, UMNO juga sentiasa bersikap rasional serta mendokong langkah-langkah yang dilakukan kerajaan terutama sekali ketika negara berdepan pandemik COVID-19. “Isu darurat, kami beri sokongan supaya matlamat kerajaan bagi […]

» Read more

Rampasan Kuasa Tentera Myanmar Sangat Mendukacitakan, Malaysia Perlu Panggil Mesyuarat ASEAN

KUALA LUMPUR, 2 Feb – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia perlu memanggil segera mesyuarat Menteri Luar ASEAN dan meneroka penyelesaian politik untuk Myanmar. Ujarnya, rampasan kuasa oleh tentera di Myanmar adalah sangat mendukacitakan dan iaa sekaligus merencatkan reformasi ke arah demokrasi di Myanmar. “Malaysia mesti segera mendesak agar semua pemimpin parti The National League for Democracy […]

» Read more
1 … 1,962 1,963 1,964 1,965 1,966 … 2,528