UMNO Rakam Takziah, Ismail Kijo Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 3 Feb – UMNO, seluruh kepimpinan dan ahli merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo yang meninggal dunia hari ini.

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya dilapor meninggal dunia kira-kira 12.30 tengah hari tadi.

Didoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.