Bengkel Teknik Menjawab Soalan SPM 2020 Bersama Ketua Penerangan UMNO


KUALA LUMPUR, 2 Feb – Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula pada 22 Februari ini setelah dipinda berikutan penularan pandemik COVID-19.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan mempelawa para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan ini untuk menyertai bengkel teknik menjawab soalan SPM 2020.

“Tidak lama lagi pelajar Tingkatan 5 akan menduduki peperiksaan SPM. Ramai di luar sana terkesan dan tertekan dari pelbagai sudut akibat pandemik Covid-19.

“Sedikit usaha kecil saya untuk memudahkan dan meyakinkan pelajar SPM dalam penyediaan menduduki peperiksaan yang amat penting dalam kehidupan – Saya berganding bersama beberapa tenaga pengajar (guru sekolah) menganjur bengkel atas talian bagi membantu calon SPM 2020 dengan tips dan teknik menjawab soalan nanti,” katanya dalam kenyataan menerusi laman facebooknya, hari ini.

Kepada mereka yang berminat boleh mendaftar di pautan: https://forms.gle/82hz56uSWsWRuAQKAUMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.