Tak Salah Bertegas Tapi Kadar Denda RM10,000 Bebankan Rakyat, Wanita UMNO Sedia Khidmat Guaman

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Wanita UMNO menganggap tidak salah untuk kerajaan bertegas bagi memastikan rakyat mematuhi SOP untuk membendung penularan COVID-19, namun kadar denda yang tinggi sudah pasti akan membebankan rakyat yang ketika ini berdepan kesukaran. Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, sejak kerajaan melaksanakan denda RM10 ribu yang melibatkan kes-kes perlanggaran SOP COVID-19 di bawah Ordinan Darurat Pencegahan […]

» Read more

RELA Dekat Dihati Saya… Teruskan Berkhidmat Untuk Negara – Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Jabatan Sukarelawan Malaysia (REKA) terus cemerlang memainkan peranan bagi membantu pasukan keselamatan negara dalam menjaga kesejahteraan hidup rakyat. Katanya, ini kerana RELA merupakan organisasi yang begitu bermakna pada dirinya sewaktu menjawat jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri suatu ketika dahulu. “Kelmarin saya terserempak dengan beberapa anggota RELA […]

» Read more

Kelainan PAU 2020, Norma Baharu Tak Halang Semangat Penyatuan , Pengukuhan UMNO

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Perhimpunan Agung UMNO 2020 dianggap luar biasa kerana buat pertama kali melibatkan penganjuran secara bersemuka dan juga maya. Bagi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Langkawi, Ahmad Marzuki Shariat, beliau berkata pelaksanaan secara maya ini wajar dilakukan memandang negara masih berhadapan dengan pandemik COVID-19. “Ini perhimpunan agung yang agak unik kerana kita menghadapi penularan COVID-19,” katanya ketika […]

» Read more

Pemuda UMNO Bakal Digerakkan Bantu Program MyVAC

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyokong penuh inisiatif kerajaan melancarkan Program ‘Malaysia Vaccine Support Volunteer’ (MyVac) yang bakal dikelolakan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Ujar Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, sukarelawan MyVac merupakan satu inisiatif kerajaan untuk menggembleng sukarelawan membantu ‘frontliners’ dalam mengelolakan pemberian vaksin kepada seluruh rakyat Malaysia yang akan dipusatkan di Pusat Pengurusan […]

» Read more

Rayuan Kes Kalimah Allah: MN Selangor Alu-alukan Langkah Kerajaan, Keharmonian Perlu Kekal

SHAH ALAM, 16 Mac – Muafakat Nasional (MN) Negeri Selangor mengalu-alukan langkah pihak kerajaan yang pantas mengemukakan rayuan dalam kes membabitkan penggunaan kalimah Allah di kalangan masyarakat yang bukan Islam sebagaimana diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Mac lalu. Dalam satu kenyataan bersama hari ini, Pengerusi Bersama MN Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi […]

» Read more

PAU 2020 Ke Arah PRU-15, Bersatu Hati, Bersemangat Perkukuh UMNO

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Mohd Shafie Abdullah berkata setiap ahli UMNO perlu bersatu hati dan berfikir bersama-sama dalam tindakan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Ulasnya, setiap ahli perlu bersiap siaga dan menjadikan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 sebagai pusingan terakhir untuk memperkukuhkan semangat dan kekuatan parti sebelum berhadapan PRU-15. “Semangat […]

» Read more

Tak Perlu Menari Ikut Rentak Orang Lain, UMNO Tumpu Pengukuhan Dalaman Parti – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 16 Mac – “Kita tidak perlu menari mengikut rentak orang lain sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada pengukuhan dalaman parti sendiri, disamping berusaha keras memenangi keyakinan rakyat.” Demikian tegas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berhubung dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya terdapat perbincangan antara UMNO dan PKR yang menunjukkan perkembangan positif. Jelas Shahril yang juga Naib Ketua […]

» Read more

Ahmad Zahid Hargai Sokongan Sepanjang Perbicaraan Di Mahkamah

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur dan berterima kasih terhadap sokongan yang telah diberikan kepada beliau ketika mengharungi perbicaraan di mahkamah. Katanya, beliau mengambil maklum berkenaan permintaan penyokong yang meminta dirinya untuk membuat penjelasan mengenai perbicaraan tersebut secara terbuka di Facebook. “Saya memahami niat baik saudara saudari, tetapi seperti yang […]

» Read more

Kompaun RM10,000: Pemuda UMNO Tawar Khidmat Nasihat Guaman Percuma

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia amat prihatin dengan keluh-kesah rakyat mengenai isu peningkatan amaun kompaun berjumlah RM10,000 yang melibatkan kes-kes perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menurut Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, walaupun secara prinsipnya Pemuda UMNO menyokong usaha kerajaan memperketatkan SOP untuk membendung penularan COVID-19, namun jumlah kompaun yang terlalu […]

» Read more

Saksi Dedah Azeez Banyak Terlibat Misi Kemanusian, Wang Diterima Bukan Rasuah

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Kes AMLA melibatkan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim disambung semula di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur yang mendedahkan bahawa beliau banyak terlibat dengan misi-misi kemanusian di dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Saksi yang dipanggil semalam adalah Datuk Abdul Latif Rahim iaitu abang kepada DSP Azeez sendiri yang sebelum ini telah […]

» Read more
1 … 1,933 1,934 1,935 1,936 1,937 … 2,528