Saksi Dedah Azeez Banyak Terlibat Misi Kemanusian, Wang Diterima Bukan Rasuah

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Kes AMLA melibatkan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim disambung semula di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur yang mendedahkan bahawa beliau banyak terlibat dengan misi-misi kemanusian di dalam negara dan di peringkat antarabangsa.

Saksi yang dipanggil semalam adalah Datuk Abdul Latif Rahim iaitu abang kepada DSP Azeez sendiri yang sebelum ini telah dituduh bersubahat tetapi pertuduhannya digugurkan setelah bersetuju untuk menjadi saksi pendakwaan.

Sebelum ini Latif telah dituduh bersubahat dengan Azeez yang merupakan penasihat kepada Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd tetapi pertuduhannya digugurkan setelah bersetuju untuk menjadi saksi pendakwaan.

Hisyam Teh Poh Teik yang mengetuai pasukan pembelaan telah menyoal Abdul Latif tentang misi-misi kemanusian oleh Azeez dari tahun 2010 sehingga 2018 kerana perbelanjaan dan dana berkaitan misi-misi ini dikaitkan rasuah yang diterima dari syarikat Menuju Asas Sdn Bhd iaitu

Kes ini berkaitan tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram.

Berdasarkan perbicaraan tersebut, saksi mendedahkan sepanjang tahun 2010 sehingga 2018 Azeez telah banyak terlibat dengan misi antaranya:

1. Misi Bantuan Kemanusiaan kepada penduduk & anggota keselamatan di Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013 kerana serangan puak militian Sulu,

2. Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia ke Gaza pada tahun 2010,

3. Misi Membawa Pulang 8,341 rakyat Malaysia Di Dari Mesir pada tahun 2011, Misi Membawa Pulang Puan Rosnah Shariff, 43 mangsa kes sindiket di Peru.

4. Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia ke Haytai, Thailand membawa rakyat Malaysia pulang akibat Letupan Bom, 2012,

5. Misi membawa pulang peniaga Cicak Tokek Nasaruddin telah di culik pada 2011 oleh lanun di Kepulauan Jolo, Filipina.

Apabila disoal oleh peguam pembelaan, saksi mengakui bahawa misi kemanusiaan Kelab Putra 1Malaysia yang diketuai Azeez turut melibatkan kos yang amat tinggi sekali.

Antaranya ialah Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ke Filipina bagi membantu rakyatnya dari bencana alam Taufan Haiyan pada November 2013 dengan menghantar seramai 15 petugas media, 12 sukarelawan dan 11 orang doktor ke Filipina melaksanakan misi ini.

Dimaklumkan juga sebanyak 11 tan barangan keperluan asas seperti makanan dan pakaian serta tiga tan ubat-ubatan, peralatan hospital serta bantuan kemanusiaan lain dibawa ke sana dengan kos tersebut melibatkan RM 2.37 juta kerana membabitkan penggunaan kapal yang sangat besar.

Disamping itu, menurut saksi Misi Bantuan Kemanusiaan KP1M dan Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia ke Gaza, Palestine (‘2nd Wave Road to Gaza’) melibatkan seramai 64 sukarelawan membawa 4.2 juta tan ubat-ubatan, peralatan, dan perkakasan yang diminta badan-badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Persatuan Bulat Sabit Merah yang mahu bekerjasama dengan KP1M dengan kos yang dianggarkan bagi menjayakan misi bantuan ialah sebanyak RM6.15 juta.

Dalam hal ini, saksi menganggap Azeez juga berani mati kerana mengetuai misi menyelamatkan rakyat Malaysia yang diculik Abu Sayyaf di Filipina iaitu lima rakyat Malaysia diculik lebih lapan bulan di Filipina yang berasal dari Sabah pada 2017.

Ujar saksi, kerana kejayaan misi-misi oleh KP1M inilah, nama Malaysia dikenali dunia sebagai negara paling prihatin terhadap kebajikan dan misi kemanusiaan malah pengiktirafan oleh Palestin kepada Azeez sebagai Duta Kehormat Palestin pada tahun 2012 adalah buktinya.

Jelas saksi, Tun Dr Mahathir juga mengakui kehebatan Azeez dan KP1M apabila mengutus surat kepada Raja Abdullah, pemerintah Jordan untuk memudahkan urusan Azeez dan pasukannnya dalam misi kemanusiaan terhadap pelarian Syria.

Fakta yang dikemukan oleh saksi turut menarik perhatian mahkamah apabila mengakui pemilik syarikat Menuju Asas Sdn Bhd, Datuk Mohammad Redzuan Mohanan Abdullah “menyerahkan” dua anak kesayangannya kepada Azeez untuk sama sama terlibat dalam beberapa misi kemanusiaan di seluruh dunia kerana percaya akan kemampuan Azeez.

Sebelum sesi berakhir, peguam bertanya kepada Latif adakah dia percaya wang yang diterima oleh Azeez untuk misi-misi ini dianggap sebagai rasuah atau menggubah wang haram, saksi menjawab, “tidak.” – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.