PAU 2020 Landasan Kembalikan Kekuatan Parti – Saarani Mohamad

IPOH, 18 Mac – Perhimpunan Agung UMNO kali ini diharapkan dapat mengembalikan kekuatan parti ke landasan sebenar, kata Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad. Menurutnya, ini kerana perhimpunan agung mempunyai signifakannya yang tersendiri dalam memberikan semangat kepada semua terutama ahli parti yang menjadi tulang belakang parti keramat ini. “Harapan kita Perhimpunan Agung UMNO 2020 ini menghimpunkan kembali semangat ahli-ahli UMNO. […]

» Read more

Saksi : Laporan Ke Atas Ahmad Zahid Dibuat Selepas PRU-14 – Peguam

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Peguambela Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Zaidi Zainal mencadangkan kepada Pegawai Penyiasat SPRM, saksi pendakwa (SP99), Khairuddin Kilau bahawa Shamsuri Tun terpaksa melepaskan jawatan Ahli Lembaga Yayasan Akal Budi kerana disebabkan beliau bankrap dan berdasarkan Memorandum and Articles (M&A) beliau perlu melepaskan jawatan tersebut. Oleh kerana itu Shamsuri Tun diberhentikan dari […]

» Read more

UMNO Mendepani Dua Zaman Cabaran Tersendiri, Namun Ahli Tetap Utuh

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Dua zaman yang dilalui UMNO sejak ianya ditubuhkan pada 11 Mei 1946 merupakan satu tempoh yang ada cabarannya tersendiri iaitu ketika UMNO menjadi kerajaan dan selepas pilihan raya umum (PRU) pada Mei 2018 memperlihatkan bagaimana utuhnya sokongan ahli parti. Bagi Ketua UMNO Bahagian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob, dalam tempoh yang cukup panjang sejak ianya […]

» Read more

Campur Tangan AS Terhadap Goldman Sachs, Cabuli Hak Perbicaraan Najib – Azalina

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Tindakan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang didakwa melindungi Goldman Sachs demi kepentingan mereka amat membimbangkan, ujar Ketua Pasukan Khas Demokrasi dan Perundangan Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Azalina Othman Said. Katanya sebagai respon terhadap laporan portal berita FMT berkenaan campur tangan AS yang dikatakan bertindak menahan maklumat yang boleh membantu pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk […]

» Read more

Garis Panduan Kompaun Diumum Kerajaan, Masih Di Tahap Membebankan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi meluahkan rungutan rakyat berkenaan kadar kompaun yang dikenakan kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) meskipun beberapa garis panduan telah diberikan kerajaan semalam. Katanya dalam satu hantaran di Facebook, rakyat melihat panduan tersebut masih lagi di tahap membebankan terutama dengan kerenah birokrasi yang dihadapi […]

» Read more

Sejarah Tidak Pernah Salah, Kita Tidak Mudah Terlupa – Norshida

ALANGKAH ruginya perjuangan Melayu UMNO sekiranya sanggup bergabung dengan gabungan parti politik berideologi komunis. Sejarah tidak pernah salah dan kita tidak mudah terlupa apakah itu ideologi komunis dan penjajahan tanah air yang pernah datuk moyang kita lalui sebelum ini. Adakah kita lupa mengenai peristiwa komunis mula memperkuatkan kedudukan mereka di Tanah Melayu bermula dengan insiden serangan di Sungai Siput, Perak […]

» Read more

PAU 2020 Medan Terbaik Kita Bermuhasabah, Pegang Teguh Idealisme Perjuangan – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berharap Perhimpunan Agung UMNO kali ini dijadikan medan terbaik untuk semua pihak dalam parti bermunasabah dalam menentukan hala tuju perjuangan parti keramat ini. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini kerana perhimpunan agung merupakan alternatif terbaik kepada parti untuk menetapkan hala tuju dan objektif parti mendepani cabaran politik masa akan […]

» Read more

Banyak Sektor Dibuka… Rakyat Bertanya Kenapa Parlimen Tak Boleh? – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata semakin ramai rakyat bersuara mempersoal tindakan kerajaan yang telah membenarkan sektor-sektor tertentu dibuka seperti pendidikan dan ekonomi termasuk Bazar Ramadan, namun sebaliknya yang terjadi kepada persidangan Parlimen. Katanya, kerajaan seharusnya memainkan peranan yang lebih rasional kerana ramai pihak sudah mula menyuarakan pandangan mereka berkenaan situasi ini. “Suara […]

» Read more

PAU Di Bahagian Dijangka Lebih Meriah, Eratkan Perpaduan Akar Umbi – Azlan Man

ALOR SETAR, 18 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azlan Man percaya semangat ahli parti untuk bersama di dalam Perhimpunan Agung UMNO pada kali ini kekal utuh seperti sebelumnya. Katanya, ini kerana pada kali ini penganjurannya akan diadakan di kesemua UMNO Bahagian-bahagian di seluruh negara yang pastinya akan menyemarakkan perpaduan dalam kalangan ahli dan kecintaan kepada parti. […]

» Read more

BN Tubuh ‘Task Force’ Jadi Suara Semak Imbang Rakyat

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang telah bermesyuarat pada 3 Mac 2021 (Rabu) bersetuju untuk BN menjadi suara semak dan imbang bagi pihak rakyat tentang perkhidmatan kerajaan terutamanya dalam aspek dasar dan polisi yang berkepentingan rakyat. Demikian kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Eksekutif BN, Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz, di sini, hari ini. Maklumnya, […]

» Read more
1 … 1,931 1,932 1,933 1,934 1,935 … 2,528