BN Tubuh ‘Task Force’ Jadi Suara Semak Imbang Rakyat

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang telah bermesyuarat pada 3 Mac 2021 (Rabu) bersetuju untuk BN menjadi suara semak dan imbang bagi pihak rakyat tentang perkhidmatan kerajaan terutamanya dalam aspek dasar dan polisi yang berkepentingan rakyat.

Demikian kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Eksekutif BN, Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz, di sini, hari ini.

Maklumnya, bagi tujuan tersebut, beberapa Pasukan Khas (Task Force) dipersetujui untuk ditubuhkan dengan dianggotai oleh pakar, ahli akademik dan tokoh masyarakat sebagaimana berikut:

i. Ketua Pasukan Khas Pendidikan – Datuk Seri Mahdzir Khalid
ii. Ketua Pasukan Khas Ekonomi – Datuk Seri Johari Abdul Ghani
iii. Ketua Pasukan Khas Demokrasi dan Perundangan – Datuk Seri Azalina Othman Said
iv. Ketua Pasukan Khas Perpaduan Nasional – Tuan Mosinal @ Richard Kastum
v. Ketua Pasukan Khas Undi Automatik 18 tahun – Datuk Sivaraajh a/l Chandran – UMNO Online
[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2021/03/siaran-media-SUE.pdf”]

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.