Campur Tangan AS Terhadap Goldman Sachs, Cabuli Hak Perbicaraan Najib – Azalina

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Tindakan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang didakwa melindungi Goldman Sachs demi kepentingan mereka amat membimbangkan, ujar Ketua Pasukan Khas Demokrasi dan Perundangan Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Katanya sebagai respon terhadap laporan portal berita FMT berkenaan campur tangan AS yang dikatakan bertindak menahan maklumat yang boleh membantu pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kerajaan AS seakan-akan aktif dalam melindungi Goldman Sachs dan bahawa kerajaan AS dan Goldman Sachs bersama-sama demi kepentingan mereka semata-mata.

“Keadaan ini amat merisaukan,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Kata Ahli Parlimen Pengerang itu, kerajaan AS harus mengemukakan keterangan dan bukti yang menzahirkan pendedahan penting berkaitan pembelaan Dato Sri Najib.

“Untuk menahan keterangan daripada Najib merupakan suatu pencabulan ke atas hak berperlembagaan kepada perbicaraan yang adil dan saksama,” tegasnya.

Perkara itu didedahkan melalui surat yang dikemukan oleh firma guaman Brafman & Associates yang mewakili Roger Ng Chong Hwa, seorang warga Malaysia, yang menghadapi pertuduhan bersabit dana 1MDB di negara berkenaan.

“Peguam Ng memohon mahkamah di New York untuk mengarahkan pematuhan kepada sapina untuk memberikan keterangan dan mengemukakan dokumen.

“Untuk membuktikan bahawa pegawai-pegawai 1MDB terlibat dalam skim jenayah yang membabitkan ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho, atau bekas rakan kongsi Goldman Sachs, Tim Leissner.

“Surat dari peguam Roger Ng juga menarik perhatian hakim bahawa
perkara tersebut adalah sensitif kepada masa memandangkan perbicaraan 1MDB masih berjalan,” katanya.

Surat itu dikemukakan oleh Brafman & Associates Hakim Margo Brodie dari Mahkamah Daerah Timur New York.– UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2021/03/PRESS-STATEMENT.pdf”]

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.