Hairan PKP 2.0 Separuh Masak Tapi Hasil Kerajaan Rendah, Perbelanjaan Tinggi – Najib

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak amat hairan kenapa hasil kerajaan bagi suku 1 tahun ini adalah jauh lebih rendah manakala perbelanjaan kerajaan pula lebih tinggi berbanding suku 2 tahun lalu. Ini kerana katanya memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 adalah separuh masak dengan banyak kelonggaran bagi sektor-sektor ekonomi, harga minyak […]

» Read more

Dap Berjuang Dalam Mimpi Demi Kepalsuan Perjuangan? – Mohd Razlan

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Sejarah menunjukkan bahawa Dap sering kali gagal menunjukkan bahawa perjuangan mereka tidak hanya terarah kepada kaum Cina sahaja, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii. Beliau berkata demikian sebagai respon apabila Setiausaha Publisiti Wanita Dap Johor, Marina Ibrahim yang meluahkan hasratnya untuk membuka mata rakyat di negara ini bahawa Dap adalah […]

» Read more

Ponteng Besar-besaran: Matlamat Tidak Menghalalkan Cara – UMNO Siswi

KUALA LUMPUR, 3 Mei – UMNO Siswi Malaysia menolak kempen ‘school walkout day’ atau kempen ponteng sekolah sebagai tanda protes terhadap isu seksual yang berlaku. Kata Pengerusinya Nur Syareeza Abdullah, kempen tersebut rentetan pendedahan seorang pelajar berkenaan #LawakRogol di sebuah sekolah baru-baru ini telah mendapat perhatian umum terutamanya dalam kalangan aktivis dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di luar sana. Pertama, […]

» Read more

Jubli Intan UMNO: Tiru Kepimpinan Tokoh Terdahulu Bina Kesatuan Parti – Syed Ibrahim

MARAN, 3 Mei – Nilai kepimpinan tokoh-tokoh terdahulu sewajarnya dijadikan sebagai iltizam untuk dijadikan kayu ukur bagi meneruskan perjuangan parti, kata Ketua Penerangan UMNO Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad. Jelas beliau ini kerana di sebalik kepimpinan mereka ianya menjadi bukti bahawa UMNO telah banyak berjasa kepada negara sehingga kesannya masih lagi dikecapi sehingga kini. . “Bila kita duduk […]

» Read more

Ke Arah Sistem ‘Governance’ Dan Perkhidmatan Awam Terbaik, Profesional – Mohamad

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Sistem tatakelola kerajaan yang sebaiknya ialah perkhidmatan awam itu bebas dari politik, namun berfungsi melaksanakan dasar yang digubal oleh Eksekutif yang terdiri dari kalangan ahli politik yang mendapat mandat melalui pilihan raya, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan. Menurut Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, operasi kerajaan adalah urusan penjawat awam dan terpulang […]

» Read more

9 Mei Memperingati Hari Kegelapan Negara – Zahida

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Tujuh hari lagi untuk rakyat sekali lagi memperingati bermulanya Hari Kegelapan Negara, ujar Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan. Katanya, 9 Mei 2018 adalah tarikh titik mula kehancuran dari segenap sudut, merudumnya pendapatan rakyat, kejatuhan ekonomi, keharmonian kaum, kestabilan politik dan banyak lagi akibat beralih tampuk pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN) ke […]

» Read more

Mansuh UPSR, Batal PT3: Harap Keputusan Tidak Flip Flop Seperti PdPR, PKP

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Kerajaan membuat keputusan untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) manakala Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dibatalkan untuk tahun ini dan berdasarkan kenyataan Menteri Pendidikan, pemansuhan itu dilakukan hasil libat urus yang membabitkan 1,700 guru, ibu bapa, murid, kesatuan dan persatuan dalam pendidikan. Bagi pihak guru, pemansuhan dirasakan wajar kerana mereka memerlukan banyak masa di sekolah […]

» Read more

Parlimen Ditutup… Tidak Sihat Jika Hanya Media Sosial Jadi Tempat Bersidang

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Fadwa Anuwar berkata hari-hari kedengaran pelbagai isu yang melingkari di negara ini. Antaranya katanya seperti Kluster COVID-19, harga ayam naik mencanak, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sekejap buat sekejap tidak, pengagihan laptop, gurauan istilah rogol, duit Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN), pengangguran, pelaburan asing (FDI), vaksin, kompaun langgar prosedur […]

» Read more

Peniaga Bazar Di Kawasan PKP Perlu Diberi Pembelaan Sewajarnya

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Pemuda UMNO Alor Setar dan Kedah amat bersimpati dengan situasi dan nasib yang dihadapi oleh peniaga bazar Ramadan dan Aidilfitri di kawasan yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi negeri tersebut. Ujar Ketua Penerangan Pemuda UMNO negeri Syed Mohd Johan Rizal, setidaknya diharapkan kerajaan negeri yang sering melaungkan Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua mestilah berikhtiar […]

» Read more

Hanya Kritik Tanpa Bantu? Najib Jawab Tuduhan

ADA Jkom yang kritik kata saya hanya mengkritik kerajaan sahaja. Najib patut bantu kerajaan. Jangan hanya menghasut sahaja. Tapi mereka lupa atau enggan mengaku ialah dari mula perlaksanaan PKP 2.0 saya dah berulang-kali kata cara perlaksanaan PKP 2.0 kerajaan tidak akan berjaya. Tak perlu darurat sebab PKP 1.0 tiada darurat boleh berjaya dan tiada sebab PKP 2.0 tidak boleh berjaya […]

» Read more
1 … 1,895 1,896 1,897 1,898 1,899 … 2,528