Jatuh Bangun Selama 75 Tahun… UMNO Kekal Berjasa, Terus Berkhidmat Kepada Rakyat – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Sepanjang penubuhan selama 75 tahun UMNO, parti ini telah melalui tempoh yang sangat panjang demi perjuangan kemakmuran negara dan rakyat, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan. Namun katanya, di sebalik zaman kegemilangan parti keramat ini, UMNO tidak dapat lari daripada melalui fasa-fasa cabaran dalam arena politik negara. “Alhamdulillah kita sampai ke-75 tahun satu […]

» Read more

Kematangan UMNO 75 Tahun, Kekal Berjuang Demi Agama, Bangsa, Tanah Air – Ab Hamid

MARAN, 6 Mei – Seiring dengan kematangan UMNO yang mencecah usia 75 tahun pada 11 Mei ini, Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Datuk Seri Ab Hamid Nazahar mengharapkan rakyat menyedari bahawa parti ini telah banyak berjuang untuk orang Melayu di samping tidak meminggirkan bangsa lain. Katanya, sejak seawal kemerdekaan sehingga pentadbiran Barisan Nasional (BN) selama 60 tahun, ianya membuktikan kemampuan parti […]

» Read more

Harapan Baharu Gaji Minimum… Ahmad Zahid Harap Kerajaan Utamakan Rakyat

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap kerajaan mengutamakan rakyat tempatan dengan memastikan mereka dapat mengisi ruang pengangguran sedia ada sekiranya benar kerajaan melaksanakan perintah gaji minimum. Ini kerana katanya, beberapa hari yang lalu Perdana Menteri memberi harapan baharu untuk kerajaan melaksanakan kajian semula perintah gaji minimum 2020 bagi memastikan ia kekal relevan […]

» Read more

Pemuda UMNO Gesa Segera Tubuh RCI Siasat Pendedahan Bekas Peguam Negara & Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Pergerakan Pemuda UMNO mendesak Kerajaan Malaysia untuk segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) terhadap pendedahan Tan Sri Tommy Thomas iaitu bekas Peguam Negara dan Tan Sri Abdul Hamid Bador iaitu bekas Ketua Polis Negara mengenai campur tangan politik negara. Menerusi Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang dipengerusikan oleh ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi […]

» Read more

75 Tahun UMNO, Pastikan Perjuangan Berterusan – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Bersempena menjelangnya ulang tahun UMNO ke-75 pada 11 Mei ini, Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru ahli-ahli UMNO untuk terus memastikan perjuangan parti berterusan. Katanya, dalam usia UMNO 75 UMNO masih terus berjuang untuk memastikan kepentingan agama, bangsa dan negara terjaga dengan tekad ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’. “Selamat hari UMNO ke 75, dah […]

» Read more

Segerakan Siasatan Dakwaan Rasuah Dalam Amalan Lompat Parti Dakwaan Bekas KPN

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di seluruh negara telah membuat laporan polis terhadap pendedahan yang telah dilakukan oleh bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai kegiatan budaya rasuah dalam amalan lompat parti dan campur tangan yang serius dalam insitusi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi tujuan politik. Tegas ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi […]

» Read more

Pemimpin PH Sokong Aktivis Hina Institusi Raja Dan Semai Kebencian? Chew Sir Boon

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Pengerusi Perhubungan Negeri MCA Terengganu Chew Sir Boon berkata Malaysia sebagai sebuah negara bertamadun tidak memerlukan aktivis yang gemar menanam kebencian di antara sesama manusia. Tegasnya, terlalu banyak insiden menghina institusi raja dan agama mahupun menyemai kebencian di kalangan masyarakat majmuk. Chew memberi respon mengenai tindakan Fahmi Reza Mohd Zarin yang bukan sahaja sekadar menghina […]

» Read more

Jubli Intan UMNO…. Perkukuh Parti, Teruskan Khidmat Cemerlang Untuk Rakyat

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Rim, Datuk Wira Ghazale Muhamad mengajak semua anggota UMNO agar terus memperkukuhkan parti yang telah sekian lama berada di dalam arus perdana politik tanah air. Menurut beliau, perjuangan UMNO yang akan memasuki usianya ke-75 tahun pada 11 Mei nanti perlu dihayati dan masing-masing perlu komited dalam usaha memperkukuhkan lagi parti […]

» Read more

Penularan COVID-19 Makin Membimbangkan, Apa Kerajaan Buat Dengan Darurat? – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan menuding jari kepada rakyat menjadi punca kepada peningkatan pandemik COVID-19 di negara ini tidak sepatutnya berlaku. Jelasnya, ini kerana langkah kerajaan yang bertindak melonggarkan beberapa sektor menyebabkan kebanyakan daripada rakyat sudah pun kembali bekerja. “Kita tidak boleh menunding jari sepenuhnya kepada anggota masyarakat. Jika tidak mereka […]

» Read more

Apa ‘Moral Standing’ PPBM Untuk Terus Memerintah? Soal Puad

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Ketua Penerangan PBBM, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak ada ‘moral standing‘ untuk menegur kerajaan hari ini. Jika begitu soal bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, apakah PPBM ada ‘moral standing’ untuk memerintah dan terus jadi kerajaan? “Terbaru ialah […]

» Read more
1 … 1,893 1,894 1,895 1,896 1,897 … 2,528