9 Mei Memperingati Hari Kegelapan Negara – Zahida

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Tujuh hari lagi untuk rakyat sekali lagi memperingati bermulanya Hari Kegelapan Negara, ujar Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan.

Katanya, 9 Mei 2018 adalah tarikh titik mula kehancuran dari segenap sudut, merudumnya pendapatan rakyat, kejatuhan ekonomi, keharmonian kaum, kestabilan politik dan banyak lagi akibat beralih tampuk pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN) ke Pakatan Harapan (PH).

“Akibat daripada terlalu banyak janji palsu bulan bintang, fitnah dan siri penipuan hingga mereka menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Sehingga hari ini, kerajaan masih terpalit dengan kegagalan PH selama 22 bulan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Justeru, Zahida berharap agar tahun-tahun mendatang rakyat Malaysia akan dapat menikmati semula segala kebaikan yang diterima dahulu.

“Sentiasa beringat, jangan benarkan kita ditipu dikencing berkali-kali, cukuplah sekali sebagai pengajaran.

“Bila PRU-15, bila tiba masanya, pastikan kembalikan mandat kepada Barisan Nasional. Insya-Allah, kita lakukan yang terbaik, kepada Allah kita berserah,” katanya lagi. – UMNO ONLINE