Keresahan Rakyat Makin Membimbangkan, Skim i-Sinar Perlu Dilanjutkan Bantu Golongan Terjejas – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan kebimbangan beliau mendengar keluhan rakyat dengan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan. Katanya, total lockdown suam-suam kuku yang berlangsung ketika ini memberikan kesan besar kepada rakyat terutama golongan penjaja dan pemandu teksi. “Mereka yang tidak dibenarkan beroperasi dan dibenarkan beroperasi sama-sama terkesan. Yang tidak […]

» Read more

Wujudkan Skuad Hantar Barangan Keperluan, Bantu Golongan Terjejas Termasuk Yang Dikuarantin – Azhari Shaari

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari mencadangkan pihak berkuasa mewujudkan skuad menghantar barangan keperluan asas kepada pihak terkesan dari sudut mobilisasi dan kewangan termasuk kepada individu sedang dikuarantin akibat COVID-19. Katanya, ini kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan rakyat terutama yang berniaga. “Apa yang dirunsingkan oleh rakyat yang […]

» Read more

COVID-19 Tiada Berkesudahan, Longgarkan Kebenaran Laksana Ibadah Di Masjid Dan Surau… Mohon Petunjuk Allah – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini mencadangkan agar dapat dilonggarkan kebenaran untuk membolehkan umat Islam melakukan ibadah di masjid dan surau bagi memohon petunjuk Allah melindungi rakyat di negara ini daripada penularan wabak COVID-19. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata bagaimanapun prosedur operasi standard (SOP) perlu kekal dipatuhi seperti ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara […]

» Read more

Bank Perlu Main Peranan, Bantu Rakyat Kembali Berikan Moratorium Kepada Yang Terjejas – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi meminta kerajaan agar mengarahkan bank-bank untuk memberi moratorium secara automatik kepada rakyat yang terjejas pendapatan. Katanya moratorium ini perlu diberikan tanpa sebarang caj tambahan kepada setiap rakyat yang memerlukan dan perniagaan yang berhadapan dalam kesulitan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “PKP dilanjutkan bagi tempoh dua […]

» Read more

Idea Pembaharuan Penting Untuk BN, Bawa Nafas Baharu Ke Arah Kesepakatan – Zambry

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Barisan Nasional (BN) perlu menggerakkan idea untuk membolehkan ianya bertindak sebagai petunjuk kepada masa hadapan parti yang lebih kukuh di samping berterusan sebagai penggerak bagi berbakti kepada rakyat, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Jelas beliau, proses ini sangat penting bagi membawa gabungan ini ke arah pembaharuan berbanding hanya bergerak berlandaskan kepada […]

» Read more

Penyambungan PKP 3.0 Wajar, Tapi Pastikan Permohonan Rakyat Diambil Kira – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Kerajaan telah menetapkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) yang dijadualkan sehingga Isnin ini, disambung dua minggu lagi hingga 28 Jun berikutan jumlah kes harian COVID-19 yang masih tinggi. Sehubungan itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menganggap bahawa keputusan tersebut adalah wajar. “Keputusan penyambungan PKP 3.0 ini wajar seiring dengan pertimbangan […]

» Read more

Pecat Hishammuddin: Apa Tujuan Cipta Surat Palsu…? – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Apakah tujuan seorang atau sesuatu kumpulan mencipta berita atau cerita atau surat palsu atau fake news? Demikian persoalan yang dilontarkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan ekoran tularnya surat berhubung pelucutan keahlian Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein daripada parti, hari ini. Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa hari ini tiada mesyuarat Majlis […]

» Read more

UMNO ‘Sokong’ PH?… Tidak Timbul Soal Sokong Parti Lain Kerana Pendirian Sama – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, dalam masa 24 jam pelbagai poster palsu dikeluarkan yang menyentuh kepentingan UMNO. Ujarnya, petang ini, tajuk berita arus perdana pula tampak mengelirukan dan mensensasikan situasi. “Tajuk ‘UMNO Sokong PH’ dipilih semata-mata kerana UMNO tidak menyokong cadangan penubuhan MAGERAN. “Saya fikir banyak juga pihak tidak selesa dengan cadangan MAGERAN. Dikalangan […]

» Read more

Surat Pecat Keahlian Hishammuddin Palsu, Tiada Mesyuarat MKT Hari Ini – Sumali

KUALA LUMPUR, 11 Jun  – Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Mohd Sumali Reduan  menafikan UMNO telah melucutkan keahlian Ahli Parlimen yang juga Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkuatkuasa serta.merta hari ini. Sambil menyifatkan surat pelucutan tersebut sebagai palsu, Datuk Sumali juga menegaskan tiada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang diadakan hari ini. “Saya sahkan tiada Mesyuarat Majlis […]

» Read more

Falsafah Penubuhan, Kedinamikan Politik Bukti BN Kekal Relevan, Dominan Pejuang Rakyat – Zambry

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menggariskan dua aspek utama yang menjadi tonggak kepada BN kekal relevan dalam senario politik negara. Jelas beliau aspek pertama adalah melihat kembali falsafah penubuhan yang menjadi tulang belakang kepada sesuatu parti untuk kekal berupaya dalam memberikan manfaat kepada rakyat. “Adakah penubuhan parti yang diwujudkan […]

» Read more
1 … 1,869 1,870 1,871 1,872 1,873 … 2,528