COVID-19 Tiada Berkesudahan, Longgarkan Kebenaran Laksana Ibadah Di Masjid Dan Surau… Mohon Petunjuk Allah – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini mencadangkan agar dapat dilonggarkan kebenaran untuk membolehkan umat Islam melakukan ibadah di masjid dan surau bagi memohon petunjuk Allah melindungi rakyat di negara ini daripada penularan wabak COVID-19.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata bagaimanapun prosedur operasi standard (SOP) perlu kekal dipatuhi seperti ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.

“Dalam berhadapan dengan pandemik COVID-19 yang semacam tiada berkesudahan ini, apa kata masjid dan surau dibenarkan untuk dibuka dengan SOP amat ketat seperti penjarakan sosial, had jemaah ikut kapasiti masjid dan lain-lain.

“Memandangkan kuasa agama Islam terletak di bawah kuasa insitusi Raja-raja Melayu, Tuanku Raja-raja Melayu boleh menitahkan agar semua masjid dan surau di setiap negeri dan daerah dapat melaksanakan solat hajat, bacaan yasin dan khatamkan Al-Quran 30 juzuk selama 40 hari berturut-turut bagi memohon pertolongan Allah yang Maha Berkuasa.

“Ternyata kita amat memerlukan divine intervention selain ikhtiar manusiawi dengan pelbagai strategi dan pendekatan yang sudah dan sedang dilakukan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.