Surat Pecat Keahlian Hishammuddin Palsu, Tiada Mesyuarat MKT Hari Ini – Sumali

KUALA LUMPUR, 11 Jun  – Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Mohd Sumali Reduan  menafikan UMNO telah melucutkan keahlian Ahli Parlimen yang juga Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkuatkuasa serta.merta hari ini.

Sambil menyifatkan surat pelucutan tersebut sebagai palsu, Datuk Sumali juga menegaskan tiada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang diadakan hari ini.

“Saya sahkan tiada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO diadakan hari ini apatah lagi pelucutan keahlian. Ini semua palsu dan fitnah jahat”, katanya kepada UMNO Online di sini.

Surat yang tular petang ini mendakwa Ahli Parlimen yang juga Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah dilucutkan keahlian UMNO serta merta. –UMNO ONLINE