Saya Anak Kampung Rim, Beri Kepercayaan Untuk Khidmat Terbaik – Dira

JASIN, 19 Nov – Datuk Khaidhirah Abu Zahar berharap pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim memberikan kepercayaan kepada beliau untuk meneruskan khidmat bakti kepada penduduk di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini.

Katanya, seperti rakyat yang lain juga semestinya beliau mahukan daerah ini mendapat pembangunan yang terbaik seterusnya membawa manfaat kepada masyarakat setempat.

“Satu hari setengah yang tinggal saya katakan tidak ada kejutan kerana ini yang saya hendak kongsikan bersama dengan pengundi tentang harapan saya sendiri sebagai anak kampung di Rim ini untuk melihat kampung saya menjadi lebih baik seperti mana semua pengundi harapkan.

“Kita gunakan peluang dan ruang yang ada ini untuk memperkenalkan diri sebagai calon keduanya adalah meyakinkan rakyat terutama di DUN Rim ini untuk mempercayai dan mengundi saya,” katanya.

Sementara itu, beliau juga memaklumkan menerusi perjumpaan kecil-kecilan bersama rakyat beliau turut menerima beberapa cadangan khususnya daripada golongan belia untuk menambah baik fasiliti sukan di DUN Rim.

“Kita bagi ruang dan peluang kepada pengundi untuk bertanya serta membawa isu dan antaranya penekanan adalah internet.

“Di kampung ini komuniti anak-anak muda yang mempunyai hobi sukan yang berbeza seperi sepak takraw, futsal dan lain-lain.

“Mereka minta tingkatkan fasiliti sukan yang ada kerana ini merupakan aktiviti, saya ambik maklum isu ini,” ujar beliau. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.