Kempen Terbaik Hadapi PRN Norma Baharu – Dr Zambry

MASJID TANAH, 19 Nov – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memaklumkan jentera parti telah melaksanakan yang terbaik ketika berdepan dua minggu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ini.

Jelas beliau, meskipun di luar kelaziman pilihan raya sebelum ini namun ianya dilakukan dengan satu pegangan iaitu bagi memberi kemenangan kepada calon BN seterusnya bagi mengekalkan penguasaan di negeri ini.

“Alhamdulillah kita telah melaksanakan dalam konteks BN mengikut segala peraturan dan arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dalam norma baharu berkempen.

“Kita menggunakan segala kekuatan dan kreativiti dalam melaksanakan kempen ini walaupun mungkin ada sedikit halangan di luar dari kebiasaan yang kita lakukan saya berpuas hati dengan cara dan kaedah yang dibuat penyokong kita dan juga penggerak parti BN,” ujar Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu.

Sempena pengundian pada hari esok Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor itu juga mengajak rakyat di negeri Melaka melakukan pilihan terbaik dengan mengundi BN.

Katanya, ini kerana selama pentadbiran BN sebelum ini pelbagai pembangunan telah dilaksanakan oleh kepimpinan terdahulu.

“Segala yang kita lihat pembangunan, kemajuan yang diwujudkan selama ini menjadi bukti dan testomoni kepada BN itu sendiri.

“Oleh yang demikian pada esok hari marilah kita ramai-ramai untuk keluar pergi mengundi dan memberi sokongan kepada calon BN.

“Kita memerlukan dokongan daripada rakyat melalui tema yang sangat signifikan iaitu ‘Kestabilan Demi Kemakmuran’ dan saya yakin dengan mengambil motto itu rakyat akan memberikan sokongan kepada BN,” ujar beliau. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.