PRN Melaka: 28 Pusat Penamaan Calon Dibuka, Perhimpunan, Perarakan Penyokong Dilarang

MELAKA, 7 Nov – Aktiviti berkumpul dan perarakan oleh penyokong parti politik bertanding di mana-mana pusat penamaan calon sepanjang tempoh penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka esok, adalah tidak dibenarkan. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata hanya calon, pencadang calon dan penyokong calon dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon. “Penyokong-penyokong parti politik yang diwakili oleh […]

» Read more

PRN Melaka Bukti UMNO Bawa Pembaharuan – Rais

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Calon dan muka baharu yang diketengahkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka rata-rata melahirkan rasa syukur dan mengucapkan penghargaan kepada pucuk pimpinan atas pemilihan mereka sebagai calon pada PRN 20 Nov depan. Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput Datuk Rais Yassin berkata peluang yang diberikan itu merupakan satu amanah dan […]

» Read more

Jadikan PRU14 Pengajaran, PH Tipu Rakyat Dengan Janji Manis – Rahmad

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman berkata rakyat di Melaka sewajarnya mengambil pengajaran daripada keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) mentadbir negeri ini. Katanya, dalam tempoh tersebut rakyat dapat melihat sendiri urus tadbir mereka yang disifatkan sebagai gagal kerana memenangi PRU-14 […]

» Read more

Suara Anak Muda Didengari UMNO, Ia Adalah Satu Tanggungjawab – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N27 Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh merasa terharu apabila UMNO memberikan peluang kepada anak-anak muda menjadi calon PRN Melaka. Jelasnya, hampir 90 peratus adalah calon-calon muka baharu dan ini telah membuktikan UMNO mendengar suara orang muda. “Saya rasa gembira bahawa UMNO/BN telah membuktikan bahawa […]

» Read more

Terima Kasih Parti Kerana Beri Peluang, Hari Ini Saya Pulangkan Kembali Amanah – Amiruddin

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Datuk Amiruddin Yusof mengucapkan terima kasih kepada parti yang sebelum ini telah memberikan peluang untuk beliau berkhidmat di kawasan berkenaan atas panji Barisan Nasional (BN). Beliau yang digantikan dengan muka baharu, Hameed Mytheen Kunju Basheer pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 Nov ini seterusnya menambah apa […]

» Read more

Pemuda UMNO N. Sembilan Komited Bantu Jentera BN, Rangka Strategi Tersendiri

SEREMBAN, 7 Nov – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan komited untuk membantu jentera Barisan Nasional (BN) dalam tempoh kempen sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti. Kata Ketuanya Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir, komitmen seratus peratus akan diberikan bagi memastikan negeri itu kembali di bawah penguasaan BN dengan kerajaan yang lebih kuat dan stabil. “Walaupun dalam keghairahan untuk membantu jentera […]

» Read more

Wanita Beri Komitmen Penuh Menangkan Calon BN – Noraini

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Noraini Ahmad memberi jaminan pihaknya akan memberi komitmen penuh untuk memastikan kemenangan bukan sahaja calon wanita, tetapi semua calon BN yang bertanding. Ketua Wanita UMNO itu berharapkan segala perjuangan BN yang sentiasa komited untuk berjuang demi rakyat akan mendapat rahmat dan restu dari Yang Maha Esa. Justeru […]

» Read more

Ab Rauf Harap Seluruh Jentera Lipatgandakan Usaha, Demi Kemenangan BN

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berharap seluruh jentera parti di semua peringkat dapat melipatgandakan lagi gerakan dalam usaha memastikan perjalanan kempen yang akan bermula Isnin ini berjalan lancar. Apa yang penting tambah beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, kerjasama pelbagai peringkat itu penting untuk membuahkan hasil terutama dalam […]

» Read more

Beri Kami Peluang Untuk Teruskan Agenda Kemakmuran Di Melaka – Sulaiman

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu yang juga bakal Ketua Menteri sekiranya BN berjaya membentuk kerajaan negeri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berharap agar rakyat memberikan peluang kepada parti berkenaan untuk meneruskan segala perancangan sebelum ini demi kemakmuran negeri itu. Pada masa yang sama beliau turut mengingatkan pengundi di DUN […]

» Read more

PRN Melaka: Calon Wanita Ada Faktor ‘Wow’ Untuk Menang – Norliza

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Norliza Abdul Rahim menyifatkan lima calon wanita yang diketengahkan iaitu tiga dari Wanita UMNO dan masing-masing satu dari Puteri dan MCA mempunyai faktor ‘wow” untuk menang. Ujarnya, walaupun calon wanita di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini sekadar 18 peratus daripada keseluruhannya pencalonan Barisan Nasional (BN), namun […]

» Read more
1 … 24 25 26 27 28 … 34