PRN Melaka Bukti UMNO Bawa Pembaharuan – Rais


KUALA LUMPUR, 7 Nov – Calon dan muka baharu yang diketengahkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka rata-rata melahirkan rasa syukur dan mengucapkan penghargaan kepada pucuk pimpinan atas pemilihan mereka sebagai calon pada PRN 20 Nov depan.

Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput Datuk Rais Yassin berkata peluang yang diberikan itu merupakan satu amanah dan insya Allah akan bekerja kuat bersama-sama dengan seluruh jentera parti pelbagai peringkat untuk mencapai kemenangan kelak.

Menurut beliau pencalonan tersebut adalah satu amanah dan satu perkara yang cukup penting dalam usaha membantu parti membentuk kerajaan negeri kelak dan inilah masanya untuk rakyat membuat pilihan yang terbaik.

“Terima kasih kepada pimpinan parti termasuklah pimpinan Pemuda UMNO khususnya. Ini adalah satu perubahan yang dapat dilihat di dalam parti apabila bukan sahaja menampilkan muka-muka baharu malah golongan muda.

“Terima kasih dan penghargaan kepada semua lapisan peringkat…Saya amat hargai amanah ini dan insya Allah kita akan berusaha bersama-sama untuk memberi kemenangan kepada parti kelak. Apa pun perasaan pelbagai…pertamanya bersyukur kepada Allah swt atas pemilihan hari ini dan hargai amanah yang diberikan oleh parti,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Beliau seterusnya mengharapkan rakyat di kawasan Paya Rumput untuk memberikannya peluang untuk berkhidmat di kawasan berkenaan.

“Saya berharap rakyat Melaka khususnya di DUN Paya Rumput dan juga di kawasan sahabat-sahabat lain bertanding untuk memberikan kepercayaan supaya kami dapat teruskan agenda kepada rakyat pada kali ini dan Alhamdulillah ini bukti UMNO berubah,” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.