PRN Melaka Permulaan, PRU-15 Destinasi… UMNO Terus Perkasa BN Bersama Rakan Komponen – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah permulaan kerana Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 adalah destinasinya.

Katanya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), kestabilan demi kemakmuran rakyat dan negara adalah misi utama.

“Terlalu banyak boleh dibicarakan tentang kemenangan mutlak BN dalam PRN Melaka.

“Syukur Alhamdulillah, sesungguhnya penilaian UMNO tentang apa yang terbaik demi masa depannya untuk rakyat ternyata tepat,” katanya dalam kenyataan berkaitan hal terbabit menerusi laman facebooknya.

Tegasnya, UMNO akan terus memperkasa dan memperkukuhkan BN bersama parti-parti komponen.

“Setinggi-tinggi terima kasih kepada suara akar umbi parti seluruh negara, kerana menaruh kesetiaan keikhlasan kepercayaan serta sokongan yang tidak berbelah bahagi tersemat keyakinan bahawa UMNO mampu bangkit semula.

“Jelas keyakinan itu bukan kerana tamak, sombong atau angkuh, sebaliknya berdasarkan analisa yang ikhlas lagi jujur,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.