PRN Melaka : Dakwaan PH Dan PN Timbulkan Seribu Satu Persoalan – Puad

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata dakwaan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) bahawa kekalahan mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka disebabkan peratusan keluar mengundi rendah menimbulkan persoalan.

Jelas beliau apakah Barisan Nasional (BN) juga tidak terkesan dengan alasan yang sama sedangkan parti itu mendapat 2/3.

“PH dan PN dakwa mereka kalah kerana peratus keluar mengundi rendah. Apakah BN tidak terkesan dengan alasan yang sama sedangkan BN menang dengan majoriti 2/3.

“Keputusan PRN Melaka adalah pengabsahan rakyat Melaka tolak PH. Ia juga pengabsahan menolak Muhyiddin walaupun potret beliau bersepah di sana sini.

“Sebenarnya mereka mengundi dengan tidak keluar mengundi. Tidak keluar mengundi itu adalah undi protes. Memprotes kerajaan pembohong, gagal dan katak,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Kata beliau lagi sejak Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, PH tidak pernah menang sebarang PRK.

“Lim Kit Siang kata jangan salahkan Anwar. Tepat. Rakyat Melaka tolak PH kerana gagal keseluruhannya.

“Tidak payahlah PH dan PN salahkan peratus mengundi yang rendah. Jangan salahkan SPR. Datuk Seri Ahmad Zahid, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ab Rauf juga kena kompoun. Elok PH dan PN cermin diri sendiri,” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.