BN Sayang Rakyat: Lihat Bukti, Perkukuh Keyakinan

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Melaka bukan sekadar persaingan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi peluang untuk rakyat menilai rekod pentadbiran, kemampuan kepimpinan dan komitmen terhadap kesejahteraan masyarakat. Masa depan Melaka perlu dibina atas asas pembangunan yang berterusan, ekonomi yang kukuh dan kebajikan rakyat yang sentiasa diberikan perhatian. Dalam menghadapi PRN ini, Barisan Nasional (BN) membawa semangat BN Sayang Rakyat, […]

» Read more

Santuni Rakyat Dengan Hati, Berbakti Dengan Ikhlas – Tuminah Kadi

PANTAI KUNDOR, 30 Okt – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor, Datuk Tuminah Kadi menzahirkan komitmen untuk terus mendekati masyarakat menerusi pendekatan kebajikan dan ziarah secara langsung bagi memahami keperluan serta kesulitan yang dihadapi penduduk setempat. Menurutnya, program Ziarah Kasih bersama Wanita DUN Pantai Kundor bukan sekadar kunjungan biasa, sebaliknya menjadi platform untuk bertanya khabar, […]

» Read more

PRN Melaka: ‘Utamakan Silaturahim, Hormati Perbezaan Politik’ – Abdul Hakim

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid menyeru semua pihak agar mengamalkan politik matang dan menolak budaya kebencian sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Negeri Melaka berkata, ini kerana ia penting untuk mengutamakan keharmonian dan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat tanpa […]

» Read more

PRN: Anak Tempatan Jadi Kelebihan Siti Aisyah Di Pengkalan Batu

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Calon Barisan Nasional (BN) Siti Aisyah Mahmood menyifatkan pencalonan beliau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, memberi kelebihan kepada beliau sebagai calon tempatan. Beliau yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya ini ini kerana DUN tersebut mempunyai nilai tersendiri buat dirinya kerana kawasan itu merupakan tempat beliau membesar dan membina kehidupan. […]

» Read more

PRN Melaka: BN Yakin Tiada Pertembungan Calon Dengan Pas

ALOR GAJAH, 29 Okt – Barisan Nasional (BN) yakin tidak akan berlaku pertembungan kerusi dengan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka susulan kesepakatan yang dicapai oleh kedua-dua pihak. Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata keputusan menjadikan PAS sebagai rakan strategik BN telah dimuktamadkan dalam mesyuarat peringkat tertinggi semalam yang turut memutuskan kedua-dua pihak akan melancarkan manifesto […]

» Read more

PRN Melaka: Sembilan Lokasi, Satu Matlamat Ringankan Beban Rakyat – Rais Yasin

SUNGAI UDANG, 29 Okt – Program Jualan Sayang Rakyat yang dilaksanakan di sembilan lokasi sekitar seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang baru-baru ini mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat apabila orang ramai mengambil peluang mendapatkan barangan keperluan harian pada harga yang lebih berpatutan. Calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Sungai Undang, Datuk Rais Yasin  berkata, inisiatif ini memberi peluang […]

» Read more

Mohd Ridhwan Tekad Teruskan Kesinambungan Pembangunan Ayer Molek

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali bertekad untuk meneruskan kesinambungan pembangunan sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini. Sebagai calon muka baharu pada PRN ini, beliau merasakan pencalonan beliau merupakan satu amanah besar daripada parti. “Tentunya saya merasakan sebagai satu […]

» Read more

PRN Melaka: Agihan Kerusi BN Selesai, Penyertaan MCA Akan Diperhalusi – Ab Rauf

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Isu agihan kerusi dalam Barisan Nasional (BN) yang melibatkan ketidakpuasan hati parti komponennya, MCA bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah selesai. Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, rundingan berkaitan perkara itu telah mencapai persetujuan, malah penyertaan MCA sebagai parti yang mewakili masyarakat Cina dalam BN akan diperhalusi dan ditambah baik. […]

» Read more

Moga Perpaduan Ummah, Gelombang Biru Terus Subur Di Melaka

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berharap semangat perpaduan ummah dan gelombang biru terus subur di bumi Melaka menjelang Pilihan Raya Umum Negeri Melaka Ke-16 demi menjamin kemakmuran serta kestabilan negeri dan rakyat. Beliau berkata, kerjasama politik yang dimeterai antara Barisan Nasional (BN) dengan rakan strategik Pas yang mewakili parti-parti daripada Perikatan Nasional […]

» Read more

UMNO Sahkan Kerjasama Politik Dengan Pas Hadapi PRN Melaka

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam ini bersetuju sebulat suara untuk mengabsahkan kerjasama dan persefahaman politik dengan rakan strategik Pas. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, persefahaman politik dengan rakan strategik Pas dan rakan-rakan daripada Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Negeri  Melaka ke-16. “Mengarahkan agar seluruh jentera dan penyokong parti […]

» Read more
1 … 6 7 8 9 10 … 15