BN Kekal Membiru Di Melaka, Solidariti Jentera Kekuatan Perjuangan

BEAUFORT, SABAH – Kejayaan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka membuktikan bahawa kekuatan jentera, kesepaduan kepimpinan serta kerjasama yang mantap menjadi antara faktor penting dalam memastikan kemenangan parti. Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat, menzahirkan rasa syukur dan merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh kepimpinan serta jentera BN yang telah […]

» Read more

“Saya Ketua Menteri Untuk Seluruh Rakyat Melaka” – Ab Rauf

KUALA LUMPUR, 16 Nov – “Saya Ketua Menteri untuk seluruh rakyat Melaka.” Demikian tekad Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, beliau sekali lagi diberikan kepercayaan serta amanah untuk menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka. “Sesungguhnya, amanah ini bukan sekadar satu penghormatan, sebaliknya satu tanggungjawab besar yang akan […]

» Read more

Kejayaan Kerjasama BN–PN Cetus Inspirasi Kepada UMNO Sabah

KOTA KINABALU, 15 Nov – Kejayaan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di tiga negeri di Semenanjung membuktikan bahawa kesepakatan politik serta penyatuan kekuatan mampu memberikan impak positif terhadap pencapaian dalam pilihan raya. Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi berkata, kejayaan tersebut menunjukkan bahawa kesepaduan jentera, kekuatan organisasi dan sokongan akar umbi merupakan antara […]

» Read more

PRN Melaka: Mandat Rakyat Mesti Dibalas Dengan Khidmat – Rosnah

MELAKA, 15 Nov – Kejayaan Barisan Nasional (BN) memperoleh 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 merupakan mandat besar rakyat yang perlu dibalas dengan khidmat bakti, integriti dan kesungguhan dalam menyelesaikan permasalahan masyarakat. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, kemenangan itu bukanlah pengakhiran perjuangan, sebaliknya permulaan […]

» Read more

Ab Rauf Seru Rakyat Melaka Kembali Bersatu Sebagai Sebuah Keluarga Besar

MELAKA, 15 Nov – Sehari selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyeru seluruh rakyat negeri itu supaya kembali bersatu sebagai sebuah keluarga besar meskipun terdapat perbezaan pandangan dan pilihan politik. Bercakap kepada media selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 bagi penggal kedua di Dewan Utama, Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) […]

» Read more

Ahmad Zahid Ucap Tahniah Ab Rauf Teruskan Amanah Ketua Menteri Melaka

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Seri Ab Rauf Yusoh atas pelantikan untuk meneruskan amanah sebagai Ketua Menteri Melaka. Beliau berkata, kepercayaan yang diberikan rakyat itu hadir bersama tanggungjawab besar untuk meneruskan usaha pembangunan yang telah dilaksanakan, selain memperkukuh kestabilan negeri demi kesejahteraan rakyat. “Kepercayaan yang diberikan […]

» Read more

Tsunami Biru Melaka, 24 Kerusi DUN Bukti Penolakan Naratif PH

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang menyaksikan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) memperoleh kemenangan besar dengan menguasai 24 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) disifatkan sebagai manifestasi keyakinan rakyat terhadap kepimpinan gabungan berkenaan. Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Gulam Muszaffar, menyifatkan keputusan itu bukan lagi sekadar gelombang biru, sebaliknya sudah […]

» Read more

Tahniah BN, Pastikan Amanah Rakyat Dilaksana Sebaiknya – Wan Rosdy

MELAKA, 15 Nov – Menteri Besar Pahang merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengucapkan tahniah kepada seluruh jentera Barisan Nasional (BN) atas kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sambil menegaskan mandat diberikan rakyat perlu dilaksanakan sebaik-baiknya. Beliau berkata, kemenangan itu disambut dengan penuh kesyukuran dan penghargaan kepada seluruh rakyat Melaka yang telah memberikan kepercayaan serta […]

» Read more

PRN Melaka: Gelombang Biru Adalah Gelombang Rakyat – Azalina

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Kemenangan Barisan Nasional (BN) bersama rakan kerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2026 disifatkan sebagai manifestasi mandat rakyat yang mahukan kesinambungan khidmat bakti dan pembangunan negeri. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, berdasarkan keputusan, gabungan BN-Perikatan Nasional (PN) berjaya memenangi 24 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan, dengan BN memperoleh 21 […]

» Read more

Mohamad Hasan Hargai Kepercayaan Pengundi, Kemenangan BN Satu Amanah

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh pengundi Melaka atas kepercayaan yang diberikan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Beliau turut menghargai komitmen seluruh jentera, petugas dan sukarelawan yang telah bertungkus-lumus sepanjang tempoh kempen sehingga membolehkan BN memperoleh kemenangan. Menurutnya, pengorbanan semua pihak […]

» Read more
1 2 3 … 32