PRN Melaka: Siap Siaga Ancaman Serangan, Manipulasi Siber

MELAKA, 12 Nov – Barisan Nasional (BN) perlu memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi ancaman serangan siber, manipulasi maklumat dan penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang berpotensi mempengaruhi persepsi pengundi, khususnya pada saat-saat akhir menjelang hari pengundian. Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, perkembangan teknologi digital termasuk AI dan TikTok telah membuka ruang kepada […]

» Read more

Serangan Dan Kritikan Perkara Biasa, Suasana Kempen PRN Tenang – Jazlan

MELAKA, 12 Nov – Perjalanan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berlangsung dalam suasana baik dan terkawal meskipun terdapat serangan serta kritikan antara parti politik yang bertanding. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO  Kelantan Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub berkata suasana kempen kali ini dilihat lebih tenang berbanding pilihan raya lima tahun lalu, dengan rata-rata pengundi dilihat sudah mempunyai pilihan masing-masing menjelang hari […]

» Read more

Ab Rauf Cadang Tubuh Persatuan Bagi Perkukuh Gerak Kerja Sukarelawan

MELAKA, 12 Nov – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mencadangkan penubuhan sebuah persatuan khusus bagi menghimpunkan kumpulan sukarelawan yang membantu mangsa kemalangan sebagai platform menyuarakan pandangan serta memperkemas gerak kerja mereka. Beliau berkata, penubuhan persatuan itu juga dapat menjadi penghubung antara kumpulan berkenaan dengan pihak berkuasa bagi memastikan segala usaha dan bantuan dapat diselaraskan dengan lebih baik. […]

» Read more

Pecutan Terakhir Fokus Bawa Pengundi Keluar Mengundi – Rosni Sohar

SUNGAI BATU, 12 Nov – Pecutan terakhir kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, dengan tumpuan kini beralih kepada usaha memastikan pengundi putih keluar menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian, kata Setiausaha Wanita Barisan Nasional (BN), Datuk Rosni Sohar. Katanya, jentera Wanita BN di seluruh bahagian dan kawasan angkat juga telah menyusun perancangan rapi bagi memastikan pengundi sasaran dapat dibawa keluar mengundi […]

» Read more

‘Jangan Bila Dah Letak Jawatan, Jadi Macam Orang Gila Talak’ – Ahmad Zahid

MELAKA, 12 Nov – Tidak timbul isu menteri Barisan Nasional (BN) tidak menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat Persekutuan meskipun parti itu berbeza haluan dengan Pakatan Harapan (PH) dalam beberapa siri Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini. Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbezaan pendirian parti-parti di peringkat negeri adalah hak masing-masing, khususnya […]

» Read more

PRN Melaka: Pengundi Perlu Nilai Prestasi, Bukan Isu Nasional – Aznan

MELAKA, 12 Nov – Pengundi di negeri diseru supaya menilai prestasi dan pencapaian kerajaan negeri sebelum membuat keputusan pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini. ADUN Tanjung Surat, Aznan Tamin berkata, sambutan masyarakat terhadap Barisan Nasional (BN) sepanjang tempoh kempen amat positif berdasarkan maklum balas yang diterima ketika beliau turun bertemu pengundi. Menurutnya, prestasi kerajaan negeri di […]

» Read more

Henti Gertak UMNO-BN, Biar Rakyat Tentukan Mandat – Megat Zulkarnain

TANJUNG BIDARA, 12 Nov – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin menegaskan bahawa sebarang keputusan berkaitan pelantikan dan rombakan Kabinet merupakan hak prerogatif Perdana Menteri, justeru perkara itu tidak seharusnya dijadikan ruang untuk mengeluarkan ugutan atau tekanan terhadap kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN). Menurut beliau, Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan barisan Kabinet termasuk […]

» Read more

Noraini Seru Pengundi Pantai Kundor Sokong Tuminah

PANTAI KUNDOR, 12 Nov – Jentera Wanita Barisan Nasional (BN) memperhebat gerak kerja pada fasa terakhir kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi membantu calon parti, khususnya calon wanita, mendapatkan sokongan pengundi menjelang hari pengundian Sabtu ini. Ketua Wanita BN, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, jentera Wanita BN terus mempergiatkan usaha turun padang bagi mendekati pengundi serta menyantuni masyarakat […]

» Read more

Rais Yasin Tekad Pastikan Tangga Batu Beri Sumbangan Besar Kepada BN

SUNGAI UDANG, 12 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Datuk Rais Yasin menegaskan jentera parti di seluruh Parlimen Tangga Batu akan terus memperhebat gerak kerja bagi memastikan BN memperoleh sokongan di empat kerusi DUN yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini. Menurut beliau, jentera BN di DUN Sungai Udang, Pantai […]

» Read more

Isu Tahanan Rumah Tidak Wajar Dijadikan Polemik – Ismail

JASIN, 12 Nov – Isu titah berkaitan tahanan rumah membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak seharusnya dijadikan polemik atau dipolitikkan oleh mana-mana pihak, sebaliknya perlu dihormati berdasarkan peruntukan Perlembagaan. Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Datuk Ismail Mohamed berkata, semua pihak perlu menghormati perkara tersebut dan tidak menjadikan isu berkenaan sebagai ruang untuk menunjukkan ego masing-masing. Menurut beliau, perkara itu telah […]

» Read more
1 … 4 5 6 7 8 … 32