Waspada Akaun Palsu Menjelang PRN Melaka – Nooryana Najwa

MELAKA, 28 Okt – Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia, Nooryana Najwa Najib, mengingatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap kewujudan akaun palsu dan penyebaran berita tidak sahih di media sosial menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Beliau berkata, perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan penggunaan akaun tidak autentik boleh mempengaruhi persepsi masyarakat, sekali gus menimbulkan tanggapan bahawa sesuatu pandangan mendapat sokongan […]

» Read more

PRN Melaka: Perkukuh Kesatuan, Gandakan Usaha Dekati Rakyat

MASJID TANAH, 28 Okt – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyeru seluruh jentera Barisan Nasional (BN) agar terus memperkukuh kesatuan, menggandakan usaha dan komited turun padang mendekati rakyat bagi memastikan kesejahteraan masyarakat terus terbela menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Seruan itu dizahirkan beliau selepas menyaksikan sambutan kehadiran gelombang biru memenuhi segenap ruang halaman Villa D’Acqua, Kampung […]

» Read more

UMNO/BN Melaka Buka Pintu, Sedia Terima Ahli PKR Sertai Perjuangan

MASJID TANAH, 28 Okt – UMNO terbuka menerima penyertaan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu bersama UMNO/Barisan Nasional (BN), kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, kesediaan mereka untuk kembali bersama UMNO/BN merupakan perkembangan yang amat dihargai. Terdahulu, seramai 104 ahli PKR dari Tanjung Bidara mengambil keputusan […]

» Read more

BN Masjid Tanah Perkukuh Kesiapsiagaan Hadapi PRN

MASJID TANAH, 28 Okt – Semangat perjuangan jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Masjid Tanah mula dizahirkan menerusi Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya yang menjadi simbol kesiapsiagaan parti dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16. Menghimpunkan barisan kepimpinan, jentera parti serta anggota di pelbagai peringkat, majlis berkenaan menjadi medan memperkukuh tekad untuk menggerakkan perjuangan BN secara lebih tersusun dan berfokus. […]

» Read more

MCA Kekal Bertanding Pada PRN Melaka – Ahmad Zahid

ALOR GAJAH, 27 Okt – Parti MCA akan kekal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan depan, kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata pertemuan antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dengan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abdul […]

» Read more

Program Kemasyarakatan Mahasiswa Bukan Hanya Ketika Pilihan Raya – Zambry

TELOK MAS, 27 Okt – Program kemasyarakatan melibatkan mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) bukan hanya dilaksanakan ketika musim pilihan raya, sebaliknya merupakan antara aktiviti yang dianjurkan universiti secara berterusan. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, program seumpama itu dilaksanakan mengikut kesesuaian kalendar akademik khususnya selepas mahasiswa menduduki peperiksaan atau pada peringkat awal sesi pengajian. Menurutnya, penglibatan […]

» Read more

Rais Hargai Kepercayaan, Sedia Galas Amanah Calon BN Sungai Udang

TANGGA BATU, 25 Okt – Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Rais Yasin merakamkan penghargaan kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk mewakili parti itu sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November depan. Beliau menzahirkan penghargaan khusus kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengarah […]

» Read more

Melaka Bukan Bumi Fitnah – Ab Rauf

AYER KEROH, 25 Okt – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh tegas berkata negeri itu tidak mengamalkan politik fitnah dan kebencian. Katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri merangkap Ketua Menteri, BN dalam mengurus tadbir lebih fokus kepada kepentingan rakyat dan berusaha memajukan negeri. “Bumi Melaka bukan bumi politik kebencian. Bumi Melaka bukan bumi […]

» Read more

Pencapaian Kerajaan BN Jadi Asas Tawaran Di Melaka – Ahmad Zahid

MELAKA, 25 Okt – Pencapaian pentadbiran Barisan Nasional (BN) di Melaka perlu dijadikan asas untuk menawarkan masa depan yang lebih baik kepada rakyat, dengan penekanan terhadap peluang pekerjaan, pemilikan rumah, pembangunan ekonomi serta peningkatan kemudahan asas. Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, rekod pencapaian kerajaan negeri di bawah pentadbiran BN membuktikan keupayaan gabungan itu membawa kemajuan yang […]

» Read more
1 … 7 8 9 10 11 … 15