BN Umum Calon PRN Melaka, Ab Rauf Kekal Di Tanjung Bidara

AYER KEROH, 24 Okt – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh malam ini mengumumkan 21 senarai nama calon parti yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 ini. Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan Ketua Menteri kekal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara. Antara nama penyandang […]

» Read more

Laungan ‘Melaka Lerr!’ ‘Kita Geng Biru’ Gegarkan MITC, Meriahkan Pelancaran Jentera BN

MELAKA, 24 Okt – “Mana Lagi… Melaka Lerr!”, “Kita Geng Biru”. Laungan penuh bertenaga itu bergema di segenap ruang Dewan MITC, mencetuskan suasana luar biasa meriah pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Dan Pengenalan Calon Barisan Nasional (BN) Melaka, hari ini. Sorakan demi sorakan bersahut-sahutan, diselang-seli laungan “Kita Geng Biru” dan “BN Sayang Melaka” serta “Hidup BN” yang membangkitkan semangat […]

» Read more

PRN Melaka: BN Yakin Calon Berkaliber Mampu Raih Kemenangan

SEREMBAN, 23 Okt – Barisan Nasional (BN) yakin calon yang bakal diumumkan malam ini berupaya membawa kemenangan kepada gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau percaya calon yang dipilih bukan sahaja berkaliber, malah mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat sekiranya diberi mandat. Katanya, beliau tidak mengetahui sama ada senarai calon […]

» Read more

‘Bawa Gelombang Biru Ke Melaka’

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin semangat dan kesiapsiagaan jentera parti di peringkat akar umbi menjadi kekuatan penting Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Beliau yang juga Pengerusi BN berkata demikian selepas bertemu keluarga besar UMNO Bahagian Jasin malam tadi bagi meninjau sendiri persiapan jentera menghadapi PRN berkenaan. […]

» Read more

Melaka Sayang Rakyat: Terus Amalkan Dengar Suara Hati Masyarakat

MASJID TANAH, 23 Okt – Pendekatan mesra rakyat terus menjadi pegangan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, yang melihat pertemuan secara langsung dengan masyarakat sebagai ruang terbaik untuk mendengar suara hati serta memahami keperluan rakyat. Menurut beliau, pasar merupakan antara lokasi paling mudah untuk mendekati masyarakat, bertemu kenalan lama, beramah mesra dengan peniaga dan mendengar sendiri pelbagai cerita […]

» Read more

Wanita BN Perkemas Kesiapsiagaan Jentera Pilihan Raya

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Wanita UMNO Malaysia terus memperkukuh kesiapsiagaan jentera Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 menerusi penyelarasan persiapan dan pemantapan gerak kerja parti. Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata perkara itu antara tumpuan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Umum Negeri Melaka Ke-16 yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid […]

» Read more

“Kita Birukan Melaka!”… Ab Rauf Pacu Gelombang Biru Hadapi PRN Ke-16

MELAKA, 23 Okt – Barisan Nasional (BN) dan Pas bakal membentuk kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, sekali gus membuka lembaran baharu dalam strategi politik gabungan itu untuk merebut mandat rakyat pada pilihan raya akan datang. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, keputusan berhubung kerjasama berkenaan telah dicapai, manakala perincian mengenai calon dan pembahagian […]

» Read more

PRN Melaka: Ab Rauf Dilantik Pengarah Pilihan Raya BN

AYER KEROH, 23 Okt – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh secara rasmi dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Negeri Melaka bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 pada 14 November depan. Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata pelantikan itu menggantikan Datuk Seri Mohamad Hasan dengan mengambil kira komitmen beliau selaku Menteri […]

» Read more

PRN Melaka: BN Umum Calon Bersekali Dengan Pas Dan Rakan Strategik

MELAKA, 23 Okt – Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bersekali dengan PAS dan rakan strategiknya pada Sabtu ini, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid, yang juga Presiden UMNO, berkata BN akan bertanding di 21 kerusi, manakala PAS dan rakan strategiknya akan bertanding di tujuh kerusi berdasarkan […]

» Read more

Semai ‘BN Sayang Rakyat’, Tolak Politik Fitnah Dan Kebencian

MELAKA, 22 Okt – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah, Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid, meneruskan komitmen gerak kerja bersama jentera parti berteraskan ‘BN Sayang Rakyat’ bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, dengan menekankan pendekatan politik berteraskan keprihatinan terhadap masyarakat. Kesediaan itu dizahirkan selepas selesai siri lawatan ke setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, […]

» Read more
1 … 8 9 10 11 12 … 15