Malaysia Mampu Jadi Rakan Strategik Utama Pelaburan Mampan

KUALA LUMPUR, 7 April – Malaysia mampu menjadi rakan strategik utama untuk pelaburan mampan dan pertumbuhan jangka panjang, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Johari yang juga Naib Presiden UMNO menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan beliau telah menghadiri majlis makan malam bersama komuniti perniagaan Belgium-Luxembourg melalui BeluxCham Malaysia pada Isnin. “Saya telah menghadiri […]

» Read more

Wanita Perlu Jadi Peneraju Ekonomi, Bukan Sekadar Angka – Wan Mohalina

KUALA LUMPUR, 7 April – Exco Wanita UMNO, Wan Mohalina Wan Mohamad menegaskan bahawa wanita di negara ini tidak seharusnya hanya dilihat sebagai penyumbang angka dalam ekonomi, sebaliknya perlu diangkat sebagai peneraju utama dalam pemilikan aset dan kepimpinan ekonomi. Jelasnya, platform seperti forum ‘Voice of HER’ memainkan peranan penting dalam membincangkan pelbagai aspek kritikal berkaitan wanita termasuk kuasa ekonomi, kelangsungan […]

» Read more

Semangat Aidilfitri Eratkan Perpaduan, Keluarga Harmoni UMNO Bukit Bintang Dilancar

KUALA LUMPUR, 7 April – Sambutan Hari Raya Aidilfitri terus diraikan dalam suasana meriah dan penuh semangat kebersamaan menerusi Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri sebagaimana UMNO Bahagian Bukit Bintang melaksanakannya di Dewan Perdana pejabat bahagian terbabit, pada Ahad. Majlis yang bermula seawal jam 10 pagi itu dimulakan dengan perasmian Mesyuarat Berkelompok melibatkan 25 cawangan, sekali gus mencerminkan komitmen akar umbi […]

» Read more

Iktibar Dari Kes MARA, Rais Yasin Seru Elak Sebar Fitnah

MELAKA, 7 April – Exco Kerajaan Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin menyeru masyarakat agar mengambil iktibar dan tidak sesekali menormalisasikan budaya fitnah tanpa usul periksa. Beliau berkata demikian susulan kes fitnah yang melibatkan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, […]

» Read more

Jadikan Persidangan Cawangan UMNO Medan Penting Perkukuhkan Perjuangan – Kalsom Noordin

KUALA LUMPUR, 7 April – Ketua Wanita UMNO Negeri Melaka, Datuk Kalsom Noordin atau lebih dikenali sebagai ‘Kak Som’ menyeru seluruh perwakilan Wanita, Puteri, Pemuda serta cawangan-cawangan UMNO di seluruh negara agar menjadikan persidangan di peringkat akar umbi sebagai medan penting untuk memperkukuh perjuangan parti. Jelasnya, persidangan tersebut bukan sekadar rutin tahunan, sebaliknya perlu dimanfaatkan sebagai platform percambahan idea, pengukuhan […]

» Read more

Semoga Sambutan Aidilfitri Eratkan Hubungan Silaturahim, Perteguh Perpaduan – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 7 April – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berharap agar sambutan Hari Raya Aidilfitri menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan memperteguhkan perpaduan. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Wan Rosdy memaklumkan beliau telah memenuhi undangan ke Majlis Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Rangkaian Delima Sdn Bhd pada Isnin. “Memenuhi undangan ke Majlis Hari Raya Aidilfitri […]

» Read more

TPM Adakan Kunjung Hormat Ke TYT Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 7 April – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengadakan kunjung hormat ke atas Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib dalam satu pertemuan rasmi yang berlangsung di Sri Mutiara, malam tadi. Menurut Ahmad Zahid, sesi tersebut memberikan nilai tambah dalam usaha memperkukuh agenda pembangunan negara, khususnya di Pulau Pinang. “Saya […]

» Read more

Wanita Bukti Ketahanan Tinggi, Tonggak Pemulihan Ekonomi Negara – Noraini

KUALA LUMPUR, 6 April – Ketua Wanita UMNO merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menegaskan bahawa wanita di Malaysia dan di seluruh dunia terus menunjukkan ketahanan luar biasa dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global. Menurutnya, dalam persekitaran dunia yang menyaksikan peningkatan kos sara hidup, golongan wanita merupakan antara yang paling terkesan, namun pada masa sama menjadi antara […]

» Read more

Voices of HER: Platform Strategik Lahirkan Kuasa Wanita Masa Depan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 6 April – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa platform forum ‘Voices of HER’ tidak boleh sekadar menjadi ruang dialog semata-mata, sebaliknya perlu bertindak sebagai pemangkin kepada transformasi menyeluruh dalam memperkasa wanita. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, forum berkenaan harus menjadi medan yang menterjemahkan idea kepada […]

» Read more

UMNO 80 Tahun: Warisi Perjuangan, Amanah Pemimpin Terdahulu Untuk Rakyat Dan Negara

KUALA LUMPUR, 6 April – Bersempena ulang tahun UMNO ke-80 pada 11 Mei ini, Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyeru ahli parti untuk mengenang kembali perjuangan pemimpin terdahulu dalam membangunkan parti dan negara. Beliau berkata ia perlu menjadi pegangan utama pendukung UMNO bagi memastikan parti ini terus relevan dan terus memberi manfaat […]

» Read more
1 201 202 203 204 205 2,355