Sambutan Rakyat Merbau Pulas Luar Biasa, Jauh Berbeza Masa PRU Lalu – Cikgu Madi

MERBAU PULAS, 7 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merbau Pulas, Datuk Asmadi Abu Talib atau lebih dikenali sebagai Cikgu Madi berpandangan sambutan luar biasa terhadap kempen parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini jauh berbeza masa Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Serai mengakui sangat gembira dengan perkembangan […]

» Read more

Aspirasi Perpaduan Bukti Komitmen BN-PH Perkasa Rakyat – Jalaluddin

SEREMBAN, 7 Ogos – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata manifesto atau dikenali sebagai Aspirasi Perpaduan adalah komitmen yang diterjemahkan oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) kepada rakyat negeri ini. Jelas beliau, ini kerana ianya merangkumi pembelaan pembangunan kepada semua lapisan masyarakat untuk tempoh lima tahun akan datang yang semestinya memberikan impak terhadap […]

» Read more

PRN: BN Guna Strategi ‘Kekal Dan Rampas’ Tawan Enam Negeri

SEREMBAN, 6 Ogos – Barisan Nasional (BN) akan menggunakan strategi ‘kekal dan rampas’ (retain and regain) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kali ini, dalam usaha memastikan Kerajaan Perpaduan dapat menguasai negeri-negeri terbabit. Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata mengambil kira ‘mood’ pengundi ketika ini, selain situasi pilihan raya itu sendiri yang berubah-ubah, beliau optimis gabungan […]

» Read more

Tarik Pengundi Kepada Realiti Kehidupan, Tolak Sentimen Politik – Hasnal Rezua Merican

RAWANG, 6 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Selayang, Datuk Hasnal Rezua Merican yang menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini menganggap rakyat perlu didedahkan dengan realiti kehidupan kini. Ujarnya, cerita-cerita berkaitan sentimen, manipulasi, tentang penafsiran agama mana yang lebih betul atau apa-apa sahaja perlu dikesampingkan. “Saya rasa […]

» Read more

Jangan Dengar Fitnah, Isu Tidak Munasabah… Ahmad Zahid Yakin BN-PH Bentuk Kerajaan Perpaduan Selangor

KUALA SELANGOR, 6 Ogos – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihati para pendukung parti agar tidak mendengar pelbagai fitnah atau isu-isu yang tidak munasabah menjelangnya pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti. Katanya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), jumlah kerusi yang bakal dimenangi adalah terserah kepada mandat rakyat. “Kita serahkan […]

» Read more

BN-PH Negeri Sembilan Garis Lima Tekad Aspirasi Perpaduan

SEREMBAN, 6 Ogos – Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini menawarkan dokumen aku janji dikenali sebagai Aspirasi Perpaduan yang akan dilaksanakan sekiranya gabungan tersebut diberi mandat oleh rakyat negeri ini. Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Datuk Seri Aminuddin Harun berkata aspirasi tersebut mencakupi keperluan dan kebajikan masyarakat berbilang kaum tanpa mengambil […]

» Read more

Berkempenlah Penuh Etika, Tidak Perlu Burukkan Mana-Mana Pihak – Hashim

PASIR PUTEH, 6 Ogos – Kempen yang sebaik-baiknya sepanjang tempoh pilihan raya ialah secara bersederhana dengan tidak memburukkan mana-mana pihak. Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising, Datuk Hashim Ismail berkata, apa yang paling penting ialah akhlak agama meskipun berbeza pandangan politik. “Pada saya kita kena ada ‘code and ethic’. ‘Code and ethic’ yang paling penting […]

» Read more

Kita Masuk PRN Untuk Menang, Gandakan Usaha Hingga Hari Mengundi – Noraini

PASIR PUTEH, 6 Ogos – Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata mana-mana parti termasuklah Barisan Nasional (BN) yang menyertai pilihan raya adalah untuk mencapai kemenangan dalam usaha membentuk kerajaan negeri sekaligus melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat. Justeru kata beliau jentera Wanita khususnya perlu melipatgandakan lagi usaha bagi memastikan parti mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri […]

» Read more

Manifesto Perpaduan P. Pinang Komprehensif, Prihatin Anak Muda – Ahmad Zaki

TELOK BAHANG, 6 Ogos – Manifesto Perpaduan Pulau Pinang yang diketengahkan oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) adalah tawaran pada kesinambungan kepada dasar, polisi dan rekod prestasi kerajaan negeri untuk terus berkempen meraih undi dan sokongan rakyat. Calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Bahang, Ahmad Zaki Shah Headan berkata manifesto ini mempunyai intipati yang komprehensif serta […]

» Read more

PRN: Bung Moktar Selar Kempen PN Guna Provokasi Melampau

GOMBAK, 6 Ogos – Pengerusi UMNO Sabah merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyelar kempen Perikatan Nasional (PN) yang menggunakan ungkapan tidak baik dan provokasi begitu melampau menggunakan agama. “Ini cara kempen tidak baik dan kita tidak akan meniru cara mereka menggunakan istilah tidak baik bagi meraih sokongan. “Pada saya, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan […]

» Read more
1 199 200 201 202 203 1,516