Tangani Segera Isu Murid ‘Lesu’ PdPR – Ahli Akademik

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Sistem Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) yang kini diguna pakai oleh sistem persekolahan negara dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19, dilihat secara tidak langsung mencetuskan isu learning burnout atau hilang motivasi untuk belajar dan membaca dalam kalangan pelajar, khususnya murid sekolah rendah. Isu ini dikhuatiri menyumbang kepada peningkatan kadar ketinggalan dalam pembelajaran yang mana […]

» Read more

Lebih 22 Juta Dos Vaksin COVID-19 Diberikan Setakat Semalam

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Sebanyak 22,152,367 dos vaksin COVID-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 14,711,532 orang menerima suntikan dos pertama manakala 7,440,835 orang menerima dos kedua. “Mengikut peratusan, 45 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, […]

» Read more

UMNO Junjung Tinggi Prinsip Rukun Negara, Daulatkan Institusi Raja-Raja Melayu – UMNO Perak

IPOH, 4 Ogos – Ketua Penerangan UMNO Negeri Perak Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata keputusan yang dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO merupakan keputusan yang tanpa nafsi dan bertunjangkan keluhan rakyat dan ahli akar umbi. Menurutnya, Presiden parti Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan barisan MKT telah membuktikan bahawa UMNO merupakan sebuah parti yang amat menjunjung tinggi prinsip […]

» Read more

UMNOSiswa Sokong Penuh Keputusan MKT

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Kelab Mahasiswa UMNO Malaysia (UMNOSiswa) menyatakan sokongan penuh keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini yang mengambil pendirian teguh berpihak kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sesuai dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO. Kata Presidennya Mubarak Kunyi, UMNOSiswa juga turut menggesa Ahli-ahli Parlimen UMNO mengikut ketetapan parti dengan menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional […]

» Read more

MKT Sebulat Suara Tolak Pertahan Kerajaan PN Dan PM, Zahir Kesetiaan Kepada Agong

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – UMNO memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin yang ternyata gagal di mata rakyat, selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO. Demikian tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media yang berlangsung secara maya selepas beliau […]

» Read more

Shamsul Letak Jawatan Menteri, Tumpu Khidmat  Ahli Parlimen Lenggong

KUALA LUMPUR, 3 Ogos –  Menteri Tenaga Dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah meletakkan jawatan sebagai  Ahli  Jemaah  Menteri  Kerajaan Persekutuan. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, Shamsul yang merupakan Ahli Parlimen Lenggong berkata mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti maka, sebagai ahli UMNO yang patuh dan setia kepada parti mengambil kepeutusan berkenaan. “Pertama saya merakamkan […]

» Read more

Selain Vaksin, Kerajaan Perlu Ada Pelan Tindakan Drastik Turunkan Kes COVID-19 – Iqbal Jamal

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat Muhamad Iqbal Jamal Jamaludin mengingatkan kepada kerajaan pusat bahawa sudah seminggu berturut-turut kes positif COVID-19 atas 15,000 kes dan angka mereka yang meninggal dunia juga menunjukkan peningkatan. Tegasnya sementara kerajaan mahu menyelesaikan isu-isu politik semasa, isu kesihatan rakyat itu perlu ada pelan tindakan secara drastik untuk turunkan kes […]

» Read more

COVID : 17,105 Kes Baharu Hari Ini – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Sebanyak 17,105 kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Dr Noor Hisham menerusi hantaran di Facebook beliau berkata kes baharu itu menjadikan kumulatif kes di Malaysia kini mencecah 1,163,291 kes. Beliau berkata Selangor kekal negeri dengan kes harian paling tinggi iaitu 5,836 kes […]

» Read more

20 Tahun Usia Penubuhan, Puteri UMNO Terus Kekal Utuh – Zahida

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata banyak cabaran dan dugaan dihadapi lebih-lebih lagi selepas UMNO hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum (PRU-14) lalu, namun Puteri terus kekal utuh seperti slogan UMNO ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ “Hari ini genaplah 20 tahun usia Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang ditubuhkan pada 3 Ogos 2001.Sesuai dengan gelaran […]

» Read more

Ekonomi Tidak Menentu, Hargai ‘Frontliners’ Pembekal Makanan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Kajian Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) mendapati 93.8% daripada kira-kira 70,000 penghantar makanan merupakan golongan Bumiputera. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebanyak 80.1% daripada mereka adalah golongan muda Bumiputera berusia antara 18 hingga 30 tahun. “Seperti saya pernah katakan penghantar makanan juga “frontliners”. Kita hargai mereka kerana sanggup mengambil risiko untuk […]

» Read more
1 … 1,663 1,664 1,665 1,666 1,667 … 2,370