Jafry Ariffin Kenang Pengalaman Budaya Sabah Dipersembahkan Di China

KUALA LUMPUR, 1 Okt – Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin, mengenang kembali pengalaman sepanjang lawatan kerja ke China dan Korea, khususnya ketika tradisi dan budaya Sabah dipersembahkan di Anshun, China.

Menurut Jafry yang juga Ketua UMNO Sabah, pengalaman tersebut menjadi antara momen yang paling menyentuh hati sepanjang perjalanan berkenaan apabila tradisi dan budaya Sabah diperkenalkan, diraikan serta dihargai di bumi asing.

“Namun antara momen yang paling menyentuh hati adalah apabila tradisi dan budaya kita dari Sabah dipersembahkan di bumi asing.”

Beliau berkata, perasaan bangga sukar digambarkan apabila melihat identiti Sabah diperkenalkan dan dihargai jauh dari tanah air.

“Ada rasa bangga yang sukar digambarkan apabila melihat identiti Sabah diperkenalkan, diraikan dan dihargai jauh dari tanah air.”

Katanya, pengalaman itu turut memberi makna apabila identiti Sabah dibawa merentas sempadan untuk diperkenalkan kepada dunia.

Jafry turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang perjalanan tersebut, sama ada yang bertugas di hadapan mahupun di belakang tabir.

“Setiap bantuan, kerjasama, penat lelah dan kebersamaan sangat saya hargai.”

Mengimbas kembali lawatan berkenaan, beliau berkata perjalanan itu bukan sekadar tugasan kerja, sebaliknya dipenuhi pengajaran, persahabatan dan kenangan yang akan dibawa bersama.

“Ia lebih daripada sekadar perjalanan kerja. Ia adalah perjalanan yang dipenuhi pengajaran, persahabatan dan kenangan yang akan saya bawa bersama.” – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO