Shamsul Letak Jawatan Menteri, Tumpu Khidmat  Ahli Parlimen Lenggong

KUALA LUMPUR, 3 Ogos –  Menteri Tenaga Dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah meletakkan jawatan sebagai  Ahli  Jemaah  Menteri  Kerajaan Persekutuan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, Shamsul yang merupakan Ahli Parlimen Lenggong berkata mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti maka, sebagai ahli UMNO yang patuh dan setia kepada parti mengambil kepeutusan berkenaan.

“Pertama saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana saya diberikan peluang berkhidmat sebagai Menteri Tenaga Dan Sumber Asli dan pastinya pimpinan UMNO yang mencadangkan saya sebagai Menteri Kerajaan Persekutuan.

“Mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti. Maka, sebagai ahli UMNO yang patuh dan setia kepada parti. Saya dengan ini meletak jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Pada masa yang sama beliau turut terima kasih kepada semua warga kementerian dan akan memberi fokus sebagai Ahli Parlimen Lenggong.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak dan kepada semua warga Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli. Tumpuan saya selepas ini ialah memberikan fokus kepada tugas sebagai Ahli Parlimen Lenggong dan membantu memperkuat parti dalam menghadapi situasi politik yang semakin mencabar,” ujarnya. – UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.