Kerajaan Urus Risiko Kebergantungan E&E Melalui Tiga Strategi Utama

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Kerajaan mengambil pendekatan menguruskan risiko kebergantungan sektor elektrikal dan elektronik (E&E) melalui tiga strategi utama, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Ujarnya, kedudukan E&E yang besar dalam struktur dan eksport negara juga perlu dilihat sebagai cerminan kekuatan daya saing Malaysia dalam rantaian nilai global. “Sektor elektrikal dan elektronik (E&E) […]

» Read more

RUU Makanan Perlu Lindungi Pengguna, Peniaga Kecil Secara Adil – Suhaimi

KUALA LUMPUR, 8 Okt — Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir menyambut baik usaha Kementerian Kesihatan (KKM) memperkukuh Akta Makanan 1983 menerusi Rang Undang-Undang Makanan (Pindaan) 2026, namun menegaskan penguatkuasaan baharu perlu dilaksanakan secara tegas, telus dan adil. Beliau berkata perubahan teknologi, rantaian bekalan global serta pola pembelian rakyat ketika ini menuntut undang-undang yang lebih berkesan selain penguatkuasaan yang pantas. […]

» Read more

RUU Makanan 2026: Perlu Tegas, Adil, Tidak Bebankan Peniaga Mikro – Manndzri

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Rang Undang-Undang (RUU) Makanan 2026 yang meminda Akta Makanan 1983 [Akta 281] disifatkan penting dan relevan bagi mendepani perubahan dalam rantaian industri makanan moden, namun pelaksanaannya perlu mengambil kira aspek penguatkuasaan serta kelangsungan peniaga mikro. Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib ketika membahaskan RUU berkenaan di Dewan Rakyat hari ini berkata, sokongan terhadap pindaan itu bukanlah […]

» Read more

KPT Sasarkan 80 Peratus Kursus Ijazah Sarjana Muda Integrasi Elemen AI

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyasarkan sekurang-kurangnya 80 peratus kursus bagi program sarjana muda di Universiti Awam diintegrasikan dengan elemen Kecerdasan Buatan (AI) menjelang pelaksanaan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, langkah itu penting bagi memastikan pelajar dan graduan memiliki kompetensi AI yang relevan dengan perkembangan […]

» Read more

TVET, Latihan Semula Diperkasa Tingkat Kemahiran Tenaga Kerja – Shahar

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Kerajaan menyasarkan sumbangan pampasan pekerja (CE) kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mencapai 40 peratus menjelang 2030 menerusi pelaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, sasaran itu selari dengan usaha Kerajaan meningkatkan pendapatan pekerja dan memastikan pertumbuhan ekonomi diterjemahkan kepada peningkatan taraf hidup rakyat. Beliau berkata, Ekonomi MADANI […]

» Read more

Pemansuhan AUKU Dilaksana Secara Tersusun – Dr Zambry

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) akan dilaksanakan secara terancang dan berfasa bagi memastikan tidak berlaku kelompangan perundangan yang boleh menjejaskan kesinambungan tadbir urus serta pengoperasian Universiti Awam. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, AUKU merupakan antara kerangka perundangan utama yang membentuk landskap pendidikan tinggi negara sejak lebih lima […]

» Read more

PETRA Ambil Tindakan Susulan Teguran Audit – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) mengambil tindakan susulan terhadap isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Bilangan 2/2026, khususnya berkaitan pelaksanaan projek tebatan banjir dan pemuliharaan pesisir pantai. Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, kementerian mengambil serius teguran Audit serta memastikan kelemahan yang dikenal […]

» Read more

Kementerian Tidak Pernah Ambil Ringan Projek LCS – Khaled

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Kementerian Pertahanan tidak pernah mengambil ringan kelewatan Projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) dan telah mengeluarkan notis makluman Liquidated Ascertained Damages (LAD) kepada Lumut Naval Shipyard (LUNAS). Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kementerian mengambil serius perkara itu dan tidak berkompromi dengan kelewatan yang dilakukan oleh LUNAS. “Di pihak Kementerian Pertahanan, kita tidak pernah […]

» Read more

Siti Aminah Gesa Kerajaan Tangani Isu Pan Borneo, Banjir

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching meminta Kementerian Kerja Raya (KKR) mengambil langkah konkrit bagi memastikan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1A, khususnya pakej WP02 Kampung Melalia–Beaufort, dapat disiapkan lebih awal daripada sasaran Mei 2028. Beliau berkata perkara itu penting memandangkan rakyat Beaufort telah menunggu sekian lama untuk menikmati manfaat projek berkenaan, selain […]

» Read more

Laporan Ketua Audit Negara: Mohd Isam Bangkit Empat Isu Pengurusan Kewangan Negara

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Empat isu utama berkaitan pengurusan kewangan negara dibangkitkan Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa, ketika membahaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026 di Dewan Rakyat. Isu berkenaan meliputi peningkatan liabiliti Kerajaan Persekutuan, tunggakan Akaun Belum Terima (ABT), Pinjaman Boleh Dituntut serta pengurusan Wang Pendahuluan Kontraktor. Mengenai liabiliti Kerajaan Persekutuan, Mohd Isam berkata prestasi […]

» Read more
1 … 5 6 7 8 9 … 80