22,849 Bakat Semikonduktor Dilatih, Sasar 60,000 Menjelang 2030 – Johari

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Kerajaan menyasarkan pembangunan 60,000 jurutera berkemahiran tinggi menjelang 2030 menerusi Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) bagi memperkukuh kedudukan Malaysia dalam rantaian nilai semikonduktor global. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata setakat suku ketiga 2026, seramai 22,849 bakat telah dilatih menerusi pelbagai program pembangunan yang dilaksanakan oleh institusi pendidikan tinggi dan penyedia […]

» Read more

Hormati Proses Kehakiman, Kekalkan Konsistensi Undang-Undang – Ahli Parlimen Kuala Pilah

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan berkata semua pihak perlu menghormati proses kehakiman dan mengelakkan kenyataan yang mendahului keputusan mahkamah berkaitan kuasa budi bicara pendakwa raya susulan keputusan pelepasan tanpa pembebasan atau DNAA kepada Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menurut beliau perkara ini membuka ruang untuk  meneliti persoalan […]

» Read more

MyKad Generasi Baharu Perkukuh Keselamatan Identiti – Dr Shamsul

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Pengenalan MyKad Generasi Baharu merupakan langkah kerajaan melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menggantikan MyKad Struktur Baharu yang telah diperkenalkan lebih daripada 20 tahun lalu. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata langkah itu seterusnya memperkukuh keselamatan dokumen pengenalan diri negara selaras dengan perkembangan teknologi serta cabaran keselamatan semasa. “MyKad Generasi […]

» Read more

Pembiayaan Mikro Pacu Perkembangan Usahawan – Mohamad Alamin

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) merekodkan sebanyak 1.27 juta pembiayaan kepada usahawan mikro bernilai RM14.56 bilion bagi tempoh 2023 hingga September 2026 menerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), TEKUN Nasional dan Bank Rakyat. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin berkata pembiayaan mikro memainkan peranan penting dalam membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan modal […]

» Read more

Hutang Negara RM741 Bilion Jadi RM1.4 Trilion! Isam Persoal Dua Standard Kerajaan

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Sejak berakhirnya pentadbiran dominan Barisan Nasional pada tahun 2018, hutang Kerajaan Persekutuan adalah sekitar RM741 bilion atau 51.2 peratus daripada KDNK, kata Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa. Katanya, angka tersebut diulang-ulang dengan nada yang panik dan rakyat telah ditakut-takutkan bahawa Malaysia bakal bankrap serta menuju jurang kehancuran ekonomi. “Kini… nadanya telah berubah. […]

» Read more

RMK-13 Fokus Pembangunan Seimbang, Gunakan IKPM Menyeluruh – Shahar Abdullah

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Kerajaan sentiasa komited untuk menangani ketidakseimbangan sosioekonomi dan merapatkan jurang pembangunan antara wilayah, negeri dan daerah. Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Shahar Abdullah berkata, Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) memberi penekanan kepada pembangunan yang lebih seimbang, inklusif dan berasaskan keperluan kawasan. Katanya, Kerajaan menggunakan Indeks Komposit Pembangunan Malaysia (IKPM) sebagai instrumen pengukuran yang menyeluruh di peringkat […]

» Read more

Krisis Asia Barat Cetus Kenaikan Surcaj AFA – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Faktor utama kenaikan surcaj Pelarasan Bahan Api Automatik (AFA) adalah disebabkan krisis geopolitik di Asia Barat yang bermula pada hujung Februari 2026, kata Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad. Katanya, krisis ini mendorong kenaikan harga bahan api seperti gas asli dan arang batu di peringkat global serta ketidaktentuan pasaran […]

» Read more

Pan Borneo Sabah: Pelaksanaan Projek Hampir Siap – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah merangkumi jarak keseluruhan sepanjang 706 kilometer yang dipecahkan kepada 35 pakej kerja. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, strategi pelaksanaannya pula dibahagi kepada dua komponen utama, iaitu Fasa 1A yang merangkumi 16 pakej kerja dan Fasa 1B melibatkan 19 pakej kerja. “Sehingga kini, kemajuan fizikal […]

» Read more

Akta Perkhidmatan Parlimen 2025: 53 Pegawai Setuju Sertai Skim Baharu Setakat Ini – Azalina

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Sebanyak 53 pegawai Parlimen setakat ini bersetuju menyertai skim perkhidmatan baharu susulan penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 (Akta 869) pada l Okt lepas yang mengembalikan autonomi pentadbiran perkhidmatan institusi itu selepas lebih tiga dekad. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata jumlah itu merangkumi 34 pegawai Dewan […]

» Read more

Sumbangan Pusat Data Kepada KDNK Meningkat Kepada RM14.1 Bilion Pada 2025

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Sumbangan industri pusat data kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia meningkat daripada RM0.9 Bilion pada 2021 kepada RM14.1 bilion pada 2025, mencerminkan pertumbuhan aktiviti ekonomi yang dijana sektor berkenaan. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata nilai tambah bersih industri pusat data boleh dinilai menerusi kesan limpahan ekonomi, termasuk aktiviti […]

» Read more
1 … 3 4 5 6 7 … 80