RCI Tabung Haji Perlu Diteliti Secara Adil – Azalina

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Mesyuarat Khas Dewan Rakyat berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji yang berlangsung hari ini memberi ruang kepada Ahli-Ahli Parlimen meneliti secara menyeluruh dapatan serta syor yang dikemukakan. Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata laporan berkenaan mengemukakan beberapa dapatan penting yang sewajarnya diberikan perhatian serius oleh semua pihak. […]

» Read more

Baiki Sistem, Kukuhkan Tabung Haji – Mohd Isam

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa menegaskan jika kelemahan berpunca daripada sistem, maka sistem itulah yang perlu diperbetulkan dengan segera. Jelas beliau, rakyat di luar sana tidak mahu lagi melihat isu Tabung Haji ini terus dijadikan medan pertelingkahan yang tidak berkesudahan. “Rakyat mahu melihat Tabung Haji ini berdiri sebagai sebuah institusi yang lebih […]

» Read more

RCI Tak Kaitkan Pemimpin BN Dengan ‘Sakau’ TH, Manndzri Tempelak Tuduhan PH

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib menegaskan bahawa tidak akan sesekali membiarkan institusi suci Tabung Haji dirobek oleh kepincangan tadbir urus, mahupun dijadikan ‘bola politik’ yang ditendang sesuka hati oleh sesiapapun hingga meruntuhkan kepercayaan jutaan pendeposit semata-mata demi mengejar haji yang mabrur. Ujarnya, pemimpin Pakatan Harapan (PH) seringkali mendakwa pemimpin Barisan Nasional (BN) “menyakau” Lembaga Tabung […]

» Read more

RCI: Jangan Jadikan Tabung Haji Mangsa Polemik Politik – Siti Aminah

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Jangan biarkan kemelut dan polemik berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji mencalarkan keyakinan rakyat terhadap institusi amanah umat Islam itu, tegas Ahli Parlimen Beaufort Datuk Siti Aminah Aching. Beliau berkata, Tabung Haji bukan sekadar sebuah institusi kewangan, sebaliknya merupakan institusi amanah yang telah dibangunkan lebih enam dekad bagi membantu umat Islam membuat simpanan […]

» Read more

Tabung Haji Bukan Tempat Bermain Kuasa, BN Tuntut Akauntabiliti Tegas – Ir Hasni

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Ir Hasni Mohammad menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam pecah amanah, salah guna kuasa atau salah tadbir yang menjejaskan Tabung Haji. Jelasnya, keadilan bukan sahaja mesti dilaksanakan. Ia juga mesti dilihat sedang dilaksanakan. “Ia perlu menjadi permulaan kepada pengawasan […]

» Read more

Kerajaan Kaji Caj Ke Atas Jualan EV Biaya Pembinaan Pengecas Awam – Johari Abdul Ghani

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Kerajaan sedang mempertimbangkan mekanisme untuk mengenakan caj ke atas setiap kenderaan elektrik (EV) yang dijual bagi mewujudkan tabung pembinaan rangkaian pengecas awam di seluruh negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Beliau berkata, langkah itu sedang diperhalusi susulan kekangan kerajaan untuk membiayai pembangunan rangkaian pengecas awam secara berskala besar seperti […]

» Read more

297 Lampu LED Solar Bakal Terangi Lebuhraya KL-Karak

KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Komitmen memperjuangkan isu yang memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat terus dizahirkan Senator Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh apabila membangkitkan keperluan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) pada persidangan Dewan Negara, hari ini. Beliau yang juga Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bentong secara khusus menggesa agar kementerian memberi keutamaan serta memperuntukkan bajet segera bagi pemasangan lampu jalan […]

» Read more

Jentera BN Sabah Terus Pergiat Kempen, Yakin Rakyat Pilih Kestabilan

CHENGKAU ULU, 31 Julai 2026 – Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin, berkata jentera Barisan Nasional (BN) Sabah terus mempergiat gerak kerja kempen pada hari terakhir Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan menerusi program ziarah dan bertemu pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Chengkau Ulu. Beliau berkata, kehadiran jentera BN Sabah bukan sekadar memenuhi tanggungjawab parti, malah mencerminkan semangat […]

» Read more

Penguatkuasaan Beras Perlu Diperkasa Dengan Teknologi, Ketelusan Dan Libat Urus

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Senator Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh menggesa agar pindaan Rang Undang-Undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2026 bukan sekadar memperkukuh aspek hukuman, sebaliknya disertai langkah menyeluruh yang mampu menjamin keterjaminan makanan negara melalui penguatkuasaan berkesan, tadbir urus telus dan kerjasama erat dengan pemain industri. Ketika membahaskan rang undang-undang tersebut di Dewan Negara semalam, beliau berkata […]

» Read more

Syor Pengasingan Peranan Peguam Negara, Pendakwa Raya Dipersembah Kepada Majlis Raja-Raja – Menteri

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dijangka diteruskan pada Oktober ini selepas syor berkaitan perkara itu dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata keputusan untuk mempersembahkan syor Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) berhubung pindaan itu dibuat oleh Perdana Menteri […]

» Read more
1 … 7 8 9 10 11 … 80