Langkah Lepaskan Kuasa Eksekutif Terhadap Parlimen Kukuh Kebebasan Institusi – Azalina

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Langkah kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, melepaskan kuasa eksekutif terhadap pentadbiran Parlimen merupakan satu pencapaian penting dalam usaha memperkukuh kebebasan institusi itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata langkah itu, membolehkan Parlimen menguruskan hal ehwalnya secara bebas selepas lebih tiga dekad […]

» Read more

Peningkatan Tangkapan Cerminan Usaha Risikan Dan Penguatkuasaan PDRM

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Peningkatan jumlah kes dan tangkapan berkaitan dadah di Sarawak turut mencerminkan peningkatan aktiviti risikan, operasi dan pengesanan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha membanteras kegiatan pengedaran serta penyalahgunaan dadah. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, statistik penguatkuasaan perlu ditafsir secara berhati-hati kerana peningkatan angka berkenaan bukan semata-mata menggambarkan peningkatan […]

» Read more

Program SINAR Bantu 1,204 PMKS, Perluas Peluang Tembusi Rantaian Bekalan – Mohamad Alamin

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Seramai 1,204 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerima manfaat menerusi Program Sokongan Industri dan Perniagaan Rakyat (SINAR) setakat 30 Sept lepas, dalam usaha membantu perusahaan tempatan menangani cabaran ekonomi dan memperkukuh daya saing perniagaan. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Mohamad Alamin berkata program yang dilaksanakan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menerusi […]

» Read more

Kerajaan Perlu Guna Kaedah Perbelanjaan Pembangunan Berasaskan Keberhasilan

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Ir Hasni Mohamad berpandangan bahawa kerajaan perlu menggunakan kaedah perbelanjaan pembangunan berasaskan keberhasilan. Ujarnya, kerajaan perlu melihat struktur perbelanjaan yang membentuk belanjawan, bukan sekadar angka defisit sebagai peratusan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). “Saya ingin memulakan dengan mendukung usaha kerajaan untuk melaksanakan konsolidasi fiskal secara berperingkat. Defisit fiskal yang […]

» Read more

Perlunya Kerjasama Strategik Tangani Kemudahan Asas Luar Bandar

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Usaha menyelesaikan kemudahan asas luar bandar tidak seharusnya dipikul oleh Kerajaan semata-mata, kata Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Mohd Kurniawan Naim Moktar. Selari dengan itu beliau meminta agar agensi Kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan atau GLC serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan turut memainkan peranan yang lebih proaktif melalui kerjasama pembangunan komuniti, program tanggungjawab sosial korporat dan penyelesaian […]

» Read more

Naik Taraf Jalan: KKR Tunggu Pertimbangan Agensi Pusat – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Kementerian Kerja Raya mengambil maklum mengenai cadangan membina lorong memotong di Laluan Persekutuan FT136 yang dibangkitkan. Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, berdasarkan data bancian lalulintas 2025, tahap perkhidmatan jalan di Laluan Persekutuan FT136 ini adalah LOS A (Stesen Banci KR706) yang masih mampu menampung jumlah trafik sedia ada. “Semakan Kementerian ini mendapati tiada […]

» Read more

Kerajaan Percepat Pembangunan Kapasiti Sumber Tenaga – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Kerajaan akan terus mempercepatkan pembangunan kapasiti penjanaan baharu dari sumber tenaga dengan terpasang 35 peratus menjelang 2030 hingga dan 70 peratus menjelang 2050. Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, kapasiti yang terpasang di Malaysia hampir mencapai 32 peratus dengan kapasiti sekitar 14, 000 megawat. Jelasnya, bagi meningkatkan lagi […]

» Read more

Malaysia Desak Sekat Penyalahgunaan Kuasa Veto PBB

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Malaysia mahu penstrukturan semula Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dilaksanakan bagi menyekat penyalahgunaan kuasa veto, khususnya dalam perkara membabitkan Palestin, jenayah kemanusiaan dan pelanggaran undang-undang antarabangsa. Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penambahan anggota tetap atau tidak tetap dalam Majlis Keselamatan PBB tidak akan membawa perubahan bermakna sekiranya kuasa veto masih boleh […]

» Read more

Kerajaan Komited Banteras ‘Lorong Tikus’ Sempadan Perlis

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Kerajaan melahirkan komitmen padu dalam memacu operasi bersama untuk membanteras penggunaan laluan tidak rasmi atau ‘lorong tikus’ di sepanjang sempadan Negeri Perlis. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, penyelarasan risikan dan operasi bersama di peringkat lapangan sentiasa diperkemas dengan melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan. “Kerajaan melahirkan komitmen padu dalam memacu operasi […]

» Read more

KPF: KUSKOP Komited Pastikan Pemulihan, Penstrukturan Dilaksana Secara Berkesan

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) komited untuk memastikan segala langkah pemulihan dan penstrukturan semula Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) dilaksanakan secara berkesan. Timbalan Menterinya, Datuk Mohamad Alamin berkata, beberapa langkah pemantauan dan intervensi telah dilaksanakan untuk memastikan KPF terus berada dalam keadaan yang sihat, berdaya maju serta mampu […]

» Read more
1 … 4 5 6 7 8 … 80