RM33 Juta Diperuntuk Baiki Jalan Persekutuan Kelantan

KUALA LUMPUR, 7 Okt –  Sebanyak RM33 juta diperuntukkan bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan Jalan Persekutuan di Kelantan menerusi Program Memperkasa Kontraktor Kelas G1 hingga G4. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, berkata peruntukan itu merupakan sebahagian daripada RM157.15 juta yang disediakan bagi Zon Tengah Timur melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor. Menurut beliau, peruntukan RM33 juta bagi […]

» Read more

Tiga Dekad Berlalu, Akta Sukan Perlu Diperkasa – Naim Moktar

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Mohd Kurniawan Naim Moktar menyokong pindaan kepada Akta Pembangunan Sukan 1997 atau Akta 576 tetapi terdapat beberapa pindaan yang dicadangkan mempunyai kepentingan yang besar. Menurut beliau, selepas hampir tiga dekad berkuatkuasa, sudah tentu kerangka perundangan ini perlu diperkemas agar selari dengan perkembangan dan cabaran ekosistem sukan hari ini. “Pengukuhan tadbir urus […]

» Read more

Tuntut SOP Terperinci, Lindungi Hak Atlet – Suhaimi Nasir

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir mencadangkan agar Kementerian Belia dan Sukan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) atau garis panduan khusus dan terperinci mengenai permohonan dan pelaksanaan waran geledah di bawah pindaan Akta Pembangunan Sukan ini. Menurutnya, kementerian perlu menjelaskan apakah alasan munasabah yang diperlukan sebelum sesuatu permohonan waran geledah dibuat, bukti awal yang perlu […]

» Read more

KUSKOP Perkukuh Daya Saing PMKS Tembusi Pasaran Global – Mohamad Alamin

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) terus memperkukuh daya saing Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan bagi memastikan sektor berkenaan mempunyai ruang yang adil untuk berkembang, termasuk dalam menghadapi persaingan daripada perniagaan milik asing. Timbalannya, Datuk Mohamad Alamin berkata, KUSKOP sentiasa memantau cabaran yang boleh mempengaruhi daya saing PMKS, selain melaksanakan pelbagai intervensi bagi […]

» Read more

Biodiesel B15 Langkah Strategik Kurangkan Diesel Petroleum – Noraini

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Pelaksanaan peningkatan kadar adunan biodiesel daripada B10 kepada B15 mulai 1 Jun 2026 merupakan salah satu langkah kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan kepada diesel petroleum melalui peningkatan penggunaan biodiesel berasaskan minyak sawit tempatan di samping memperkukuhkan keselamatan tenaga negara, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Ujarnya, dengan kedudukan Malaysia sebagai antara pengeluar […]

» Read more

Pendaftaran e-Konsular Belum Diwajibkan Untuk Rakyat Malaysia Di Luar Negara

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Kerajaan belum berhasrat mewajibkan pendaftaran sistem e-Konsular kepada rakyat Malaysia di luar negara buat masa ini, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata, pendaftaran menerusi platform digital kelolaan Kementerian Luar itu masih bersifat sukarela, namun rakyat Malaysia yang menetap, melancong atau belajar di luar negara amat digalakkan untuk mendaftar bagi memudahkan urusan pemantauan […]

» Read more

Agong Perkenan Tujuh Akta Diluluskan Pada Sidang Parlimen Lepas

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan tujuh akta diluluskan dalam Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 22 Jun hingga 16 Julai lalu. Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ramli Mohd. Nor berkata, akta berkenaan termasuk Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2026 dan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2026. Turut […]

» Read more

Jangan Kelirukan Angka, Nilai TH Perlu Berdasarkan Definisi Dan Tempoh

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Angka berkaitan kedudukan kewangan dan pemulihan Tabung Haji perlu dibaca berdasarkan definisi, tarikh serta kaedah penilaian yang tepat bagi mengelakkan kekeliruan dan pembentukan naratif yang tidak tepat. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir, berkata perbahasan mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji tidak seharusnya dibuat dengan mencampurkan angka daripada tempoh dan ukuran kewangan yang […]

» Read more

RCI TH: Perbezaan Kaedah Perakaunan Tidak Buktikan Mala Fide – Adnan

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan menolak sekeras-kerasnya dakwaan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menyeleweng wang Tabung Haji. Beliau berkata, perlu ada perbezaan yang jelas antara accounting treatment, accounting judgement dan criminal misconduct sebelum sesuatu dakwaan terhadap pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) dibuat. “Kita perlu tahu membezakan antara accounting treatment, accounting judgement […]

» Read more

RCI TH: Ahmad Zahid Seru Cari Kebenaran, Henti Polemik

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan perbahasan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji di Parlimen hari ini perlu dilihat sebagai ruang untuk memperjelaskan persoalan dan merungkai segala perkara berbangkit secara bertanggungjawab. Beliau berkata, setiap Ahli Parlimen telah diberikan ruang untuk mengemukakan pandangan, persoalan dan teguran berhubung […]

» Read more
1 … 6 7 8 9 10 … 80