RMK-13: Shamshulkahar Cadang Wujudkan Koridor Ekonomi Negeri Sembilan Timur

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli mencadangkan agar Koridor Ekonomi Negeri Sembilan Timur diwujudkan selaras dengan aspirasi Penyeimbangan Kemajuan Ekonomi Wilayah (B5), Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13). Ujarnya, koridor tersebut amat berpotensi dengan sumber ekonomi pertanian seperti kelapa sawit, getah, ternakan, serta industri hiliran. “Selaras dengan aspirasi B5 (RMK-13) untuk memastikan pembangunan wilayah yang […]

» Read more

Portfolio Aset Petronas: Perancangan Teliti Mampu Pastikan Kemajuan Negara Terjamin – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi percaya dengan perancangan yang teliti dan komitmen bersama, Kerajaan Perpaduan mampu memastikan kemajuan negara terjamin. Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim telah menjawab perosalan berhubung rasional pelaksanaan rasionalisasi portfolio aset Petroliam Nasional Bhd […]

» Read more

Rasionalisasi Aset Petronas, Pindaan Undang-Undang Lapuk Antara Tumpuan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Persoalan mengenai rasionalisasi portfolio aset Petronas dan strategi syarikat minyak nasional itu bagi menghadapi ketidaktentuan pasaran global melibatkan penjualan aset seperti di Kanada dan Brazil antara fokus Dewan Rakyat, hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, perkara tersebut dibangkitkan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) kepada Perdana Menteri pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan […]

» Read more

655 Penghuni Ikuti Program Pemulihan Di Empat Sekolah Henry Gurney – Dr Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Sebanyak 655 penghuni sedang mengikuti program pemulihan di empat Sekolah Henry Gurney di seluruh negara setakat 9 Julai 2025, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah. Empat sekolah tersebut menurut beliau ialah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka (412 orang), Sekolah Henry Gurney Keningau, Sabah (92 orang), Sekolah Henry Gurney Puncak […]

» Read more

KPWKM Dedah Punca Serta Langkah Untuk Bendung Remaja Hamil Awal

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata antara punca utama kehamilan remaja di Malaysia ialah kekurangan akses kepada pendidikan kesihatan reproduktif yang menyeluruh, yang menyebabkan ramai remaja tidak memahami dengan jelas cara melindungi diri daripada kehamilan tidak dirancang. Menurut beliau perkara berkenaan berasaskan kepada kajian yang diterbitkan dalam […]

» Read more

KPWKM Bangunkan Pelan Tindakan OKU Baharu, Fokus Pemantauan dan Akauntabiliti – Noraini

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ketika ini sedang membangunkan Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya (PTOKU) yang baharu sebagai kesinambungan kepada PTOKU sedia ada. Timbalan Menteri KPWKM, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata program serta inisiatif yang disediakan dalam pelan tindakan yang lalu telah menerapkan Incheon Strategy to “Make the Right Real” for Persons […]

» Read more

Keuntungan TNB, Kemajuan Projek 5G Tumpuan Sidang Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Kadar keuntungan tahunan Tenaga Nasional Berhad (TNB) selepas kenaikan tarif elektrik serta kemajuan projek teknologi selular tanpa wayar generasi kelima (5G) menjadi antara tumpuan sidang Dewan Rakyat, hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Lim Guan Eng (PH-Bagan) pada sesi soal jawab lisan meminta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menjelaskan jumlah […]

» Read more

Pembinaan WISE Hanya Bermula Selepas Semua Syarat Dipenuhi – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Syarikat konsesi Projek Lebuhraya West Ipoh Span Expressway (WISE) kini masih di peringkat menyempurnakan syarat duluan yang telah dipersetujui bersama, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata, antara syarat duluan yang perlu dipenuhi oleh syarikat konsesi adalah membuktikan sumber pembiayaan lebuh raya. “Sumber pembiayaan […]

» Read more

OSH Coordinator Bantu Majikan Patuhi Undang-Undang Keselamatan Pekerjaan – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Tujuan utama pewujudan Seksyen 29A ini adalah untuk memastikan setiap tempat kerja mempunyai seorang individu yang bertanggungjawab menyelaras hal ehwal keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP). Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, OSH Coordinator berperanan membantu majikan dalam memastikan pematuhan terhadap kehendak perundangan berkaitan KKP serta menyelaras pelaksanaan langkah-langkah keselamatan di tempat […]

» Read more

KPT Komited Perangi Buli Fizikal Dan Siber Di Kampus – Dr Zambry

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memandang serius isu buli sama ada di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) mahupun Swasta (IPTS). Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kes berlaku dalam bentuk buli fizikal dan buli siber (cyberbullying) yang boleh berpunca daripada faktor sosial, psikologi, persekitaran kampus, pengaruh media sosial dan kurangnya pengawasan daripada ibu bapa. […]

» Read more
1 25 26 27 28 29 72