Penubuhan Pakatan Ketenteraan Perlu Diperhalusi – Mohamad Alamin

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin berkata cadangan untuk menubuhkan pakatan ketenteraan dalam kalangan negara-negara Islam perlu diperhalusi dengan teliti. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kimanis menjelaskan Malaysia lebih cenderung untuk berpandangan bahawa, sebarang bentuk kerjasama sedemikian hendaklah bersifat menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada aspek ketenteraan semata-mata. “Pendekatan holistik turut merangkumi bantuan kemanusiaan […]

» Read more

Pemain Naturalisasi, Perlindungan Sosial Pekerja Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Isu pemain naturalisasi dan pelaksanaan perlindungan keselamatan sosial kepada semua pekerja menjadi antara agenda utama persidangan Dewan Rakyat hari ini. Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat yang dimuat naik di portal Parlimen, Zakri Hassan (PN–Kangar) meminta Menteri Dalam Negeri menjelaskan statistik pemain yang dinaturalisasikan sejak 2018 hingga kini pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri yang bermula pada pukul 10 […]

» Read more

Kekurangan Pegawai Di Pejabat Perwakilan Diatasi Selepas ASEAN – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Kementerian Luar Negeri kini berdepan kekosongan jawatan sebanyak 287 pegawai, bersamaan 17 peratus daripada jumlah keseluruhan perjawatan 1,709 orang di Wisma Putra dan pejabat perwakilan Malaysia di luar negara. Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata kekangan pengisian jawatan tersebut berpunca daripada kekurangan kuota yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) walaupun kementerian telah […]

» Read more

Kementerian Kerja Raya Serius Tangani Isu Kelewatan Projek – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) memandang serius isu kelewatan pelaksanaan projek pembangunan di seluruh negara dan telah melaksanakan pelbagai langkah intervensi bagi memastikan projek disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata JKR telah menubuhkan beberapa inisiatif termasuk Program Intervensi berstruktur, Project Health Check, dan […]

» Read more

246 Aduan ‘Union Busting’ Direkod, Kerajaan Tegas Pertahan Hak Pekerja

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) sentiasa komited memastikan hak serta kebebasan pekerja untuk menubuh dan menyertai kesatuan sekerja terus dilindungi sepenuhnya. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, berkata pelbagai langkah proaktif dilaksanakan termasuk program pendidikan perusahaan, pemantauan berterusan terhadap tindakan majikan serta penambahbaikan dasar bagi memperkukuh ekosistem hubungan […]

» Read more

Status Fiskal Negara, Isu Buli Di Sekolah Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 8 Oktober – Isu kedudukan fiskal negara berikutan pelaksanaan pelbagai skim bantuan tunai dan penstrukturan subsidi, menjadi antara perkara utama yang dibangkitkan dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman Parlimen, soalan itu dikemukakan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) kepada Menteri Kewangan, yang bertanyakan sama ada negara berisiko menghadapi defisit fiskal yang lebih besar. […]

» Read more

Tindakan Tegas Terhadap Kontraktor Ingkar Amanah, Senaraihitamkan Dan Lucut Lesen – Mohd Isam

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa mencadangkan agar syarikat kontraktor dan pemaju yang gagal melaksanakan tanggungjawab atau amanah projek yang diberikan disenaraihitamkan oleh kerajaan serta dilucutkan lesen perniagaan mereka. Beliau menegaskan bahawa tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana kontraktor atau pemaju yang cuai atau ingkar dalam melaksanakan projek yang telah diamanahkan. “Sekiranya tiada […]

» Read more

Audit Negara Berperanan Kawal Selia Perbelanjaan – Azalina

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Institusi Ketua Audit Negara merupakan agensi penyeliaan yang berperanan untuk mengesahkan semua aktiviti dan kewangan yang telah diluluskan oleh Parlimen dilaksanakan oleh cabang badan eksekutif dengan penuh akauntabiliti, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia menjelaskan Ketua Audit Negara hendaklah […]

» Read more

KDN Pandang Serius Jenayah Penipuan Dalam Talian – Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius jenayah penipuan dalam talian yang berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk sindiket yang mempunyai jaringan operasi global, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah. Beliau yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkata, pelbagai inisiatif dan usaha telah digembleng oleh kerajaan dan agensi penguat […]

» Read more

KKR Perkasakan Kontraktor Tempatan G1-G4 Melalui Dasar Pembinaan Negara 2030 – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Dasar Pembinaan Negara 2030 (NCP 2030) sentiasa memastikan ekosistem industri pembinaan negara terus berkembang secara inklusif dengan memberikan tumpuan kepada penglibatan kontraktor tempatan termasuk kontraktor kecil Gred G1 hingga G4. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata bagi memastikan hasrat ini tercapai, penglibatan kontraktor tempatan dalam kontrak pembinaan […]

» Read more
1 … 23 24 25 26 27 … 75