Kerajaan Perkukuh Tadbir Urus, Ombudsman Malaysia Bakal Ganti BPA Dan EAIC – Azalina Othman

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Kerajaan di bawah agenda Madani sedang memajukan penubuhan Ombudsman Malaysia bagi memperkukuh tadbir urus yang baik, meningkatkan akauntabiliti perkhidmatan awam, dan menyediakan saluran aduan yang lebih berkesan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Ombudsman Malaysia akan menggantikan Biro Pengaduan Awam (BPA) dan Suruhanjaya Integriti […]

» Read more

Dewan Rakyat: Langkah Kekang Buli Di IPT, Status Ombudsman Malaysia Antara Tumpuan

KUALA LUMPUR, 12 Ogos -Langkah mengekang buli di institut pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta hasil keputusan kerajaan berhubung status penubuhan Ombudsman Malaysia antara perkara yang akan dibangkitkan pada sidang Dewan Rakyat, hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) meminta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan langkah berkenaan pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri. […]

» Read more

Mohd Isam Bangkit Isu Pelarasan Pencen Veteran ATM

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa hari ini bertanya berkenaan sejauh mana langkah dilakukan kerajaan bagi membantu Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Menurut beliau ia berikutan keputusan Mahkamah Rayuan pada bulan lalu yang telah memutuskan bahawa anggota yang bersara sebelum 1 Januari 2013 tidak layak menerima pelarasan pencen. Beliau yang juga Ketua UMNO […]

» Read more

Prihatin Berkaitan Kebajikan Guru Takmir, Imam… Adnan Mohon Penjelasan

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Kebimbangan berkenaan kos sara hidup yang semakin meningkat, mendorong Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan bertanya komitmen kerajaan dalam membantu guru takmir dan imam. Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah berkata ini kerana mereka tidak mendapat gaji tetap sebaiknya hanya memperoleh elaun bulanan. “Umum mengetahui bahawa bayaran kepada guru takmir […]

» Read more

Manndzri Cadang Asingkan Fungsi Kementerian Belia Dan Sukan

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib mencadangkan peranan Kementerian Belia dan Sukan diasingkan. Beliau berkata ia bagi memastikan fungsi kedua-dua elemen tersebut dapat dilaksanakan lebih berfokus. “Saya mencadangkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) mungkin boleh dikaji untuk pisahkan fungsi Kementerian Belia dan Sukan. “Beri fokus pada Kementerian Sukan dalam aspek pembangunan sukan. Manakala belia, orang […]

» Read more

Mekanisme Pemantauan Hasil Kutipan Pelarasan Tarif Air Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Mekanisme pemantauan dan audit ke atas hasil kutipan tambahan daripada pelarasan tarif air yang dijanjikan syarikat air negeri bagi tujuan pembaikan dan pembangunan infrastruktur bekalan air antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di portal Parlimen, persoalan itu dibangkitkan oleh Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) kepada Menteri Peralihan Tenaga dan […]

» Read more

Guna Tenaga Tidak Penuh Menurun Kepada 35.7%, Kerajaan Perkasa Latihan Kemahiran

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Timbalan Menteri Sumber Manusia (KESUMA), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran telah mencatatkan penurunan daripada 37.3 peratus pada tahun 2022 kepada 35.7 peratus pada suku pertama 2025 dan penurunan ini merupakan hasil pendekataan secara menyeluruh oleh Kerajaan melalui pelbagai kementerian. Menurut beliau pihaknya menerusi jabatan dan agensi yang terlibat […]

» Read more

MYJalan KKR Lalui Proses Penambahbaikan – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, selaras dengan No Wrong Door Policy (NWD), aplikasi MYJalan KKR menerima aduan mengenai jalan yang berada di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya (KKR) serta aduan jalan di bawah pihak bertanggungjawab yang lain. Menurut beliau selepas saringan dilaksanakan, semua aduan ini disalurkan segera kepada pihak bertanggungjawab yang […]

» Read more

Isu Kos Sara Hidup, Pelaksanaan MLFF Dan Tarif Timbal Balik Antara Tumpuan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Usaha kerajaan menurunkan kos sara hidup rakyat, pelaksanaan Multi Lane Free Flow (MLFF) serta isu tarif timbal balik Amerika Syarikat kepada Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) pada sesi soal jawab meminta Menteri Perdagangan Dalam […]

» Read more

Bung Moktar Gesa Kerajaan Wujudkan Akta Kewajipan Bina Rumah Mampu Milik Di Setiap Negeri

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin menggesa kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk memuktamadkan dasar yang mewajibkan setiap negeri menggubal akta khusus bagi pembinaan rumah mampu milik secara menyeluruh. Bung Moktar yang juga Ketua UMNO Sabah berkata, langkah kerajaan dalam menyediakan sejuta rumah mampu milik di seluruh negara adalah sangat dialu-alukan. Namun, beliau […]

» Read more
1 26 27 28 29 30 72