KPT Mantapkan TVET, Digitalisasi Dan Pembelajaran Sepanjang Hayat

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memainkan penting dalam menentukan hala tuju strategik negara termasuk melihat semula kerangka menerusi sistem pendidikan. Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata usaha tersebut merangkumi pembinaan insan, latihan teknikal dan vokasional (TVET) selain memperkukuhkan digitalisasi. “Ini melibatkan pembinaan insan, melihat semula kurikulum pendidikan dan latihan seperti TVET serta lain-lain dalam […]

» Read more

PDK Wadah Kerjasama Komuniti Dan Agensi – Noraini

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) adalah salah satu strategi dalam pembangunan komuniti untuk rehabilitasi, penyamaan peluang dan integrasi sosial bagi Orang Kurang Upaya (OKU). Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata PDK itu dilaksanakan melalui pendekatan multi-sektoral dengan memanfaatkan fasiliti serta kemudahan yang sedia ada. “Program ini dilaksanakan melalui […]

» Read more

Malaysia Kecam Rejim Zionis Langgar Resolusi PBB, Bukti Penjajahan Terancang Ke Atas Palestin – Mohamad

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Malaysia sentiasa mengecam sekeras-kerasnya keputusan kabinet rejim Israel untuk mengambil alih sepenuhnya Gaza. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindakan zionis Israel ini merupakan perbuatan terancang untuk menjajah negara Palestin. “Malaysia telah mengutuk keras tindakan rejim zionis Israel berkaitan agenda perluasan haram serta perancangan penempatan di kawasan E1. Inilah bukti tindakan-tindakan haram oleh rejim […]

» Read more

Usaha Bangun Sosioekonomi Kaum India, Kesiapsiagaan Pertahanan Negara Tumpuan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Usaha Kerajaan MADANI membangunkan sosioekonomi masyarakat India dan tahap kesiapsiagaan pertahanan negara mendepani ketidaktentuan geopolitik dunia antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di portal Parlimen, S. Kesavan (PH-Sungai Siput) pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri meminta Perdana Menteri menyatakan fokus kerajaan melalui Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) atau agensi lain dalam usaha […]

» Read more

Pindaan Kanun Keseksaan, Tatacara Jenayah Tangani Cabaran Jenayah Moden – Azalina

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan kerajaan telah melaksanakan beberapa pindaan penting terhadap Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah bagi menangani cabaran jenayah moden. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkata antara usaha reformasi adalah pindaan kepada Kanun Keseksaan pada tahun 2023 untuk memperkenalkan peruntukan […]

» Read more

Kerajaan Perluas Akses Program TVET, Pastikan Tiada Kumpulan Masyarakat Tercicir – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kerajaan melalui Dasar TVET Negara 2030, komited untuk memperluaskan akses kepada program TVET dengan memberi penekanan kepada pelaksanaan program yang responsif, fleksibel dan inklusif. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata ia bagi memastikan tiada kumpulan masyarakat yang tercicir daripada peluang pendidikan, latihan teknikal, vokasional termasuk […]

» Read more

KKR Pantau Rapi Projek Pan Borneo, Pastikan Disiap Ikut Jadual

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah dengan anggaran jarak keseluruhan 706 kilometer dibahagikan kepada 35 Pakej Kerja. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata bagi kawasan Parlimen Sipitang, dua Pakej Kerja yang terlibat ialah Pakej Kerja 1 (WP01) iaitu Sindumin ke Melalia sejauh […]

» Read more

FRIM Laksana Kajian Perlombongan REE Secara Berfasa – Johari

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sedang melaksanakan aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) secara bertanggungjawab di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK), kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata kajian ini bertujuan menyediakan asas saintifik dan teknikal bagi pertimbangan dasar berkaitan larangan perlombongan di […]

» Read more

Penyeludupan Daging Khinzir, Status Lebuh Raya Pan Borneo, Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Isu penyeludupan daging khinzir, status pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) serta trend peletakan jawatan doktor dan jururawat di fasiliti kesihatan awam antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di portal Parlimen, Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) pada sesi soal jawab lisan membangkitkan persoalan kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengenai tindakan […]

» Read more

Kerajaan Madani Komited Laksana Reformasi Undang-Undang – Azalina

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Kerajaan Madani sentiasa komited untuk melaksanakan agenda reformasi undang-undang secara menyeluruh, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkata, reformasi undang-undang tersebut dilaksanakan untuk memastikan sistem perundangan negara sentiasa relevan. “Sewaktu Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) pagi tadi, Datuk Seri […]

» Read more
1 24 25 26 27 28 72