Kemelut Politik Berpanjangan Semenjak PRU14, Bawa Impak Kepada Ekonomi Negara

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Negara berdepan kemelut politik yang berpanjangan semenjak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata pemerhati politik Noorhajran Mohd Noor. Jelas beliau, sepanjang tempoh tersebut rakyat dipertontonkan dengan drama politik yang tidak berkesudahan sehinggakan kesannya masih berlaku sehingga ke hari ini. “Tidak ada dalam dunia seperti yang terjadi di negara kita pada ketika ini. Kalau kita lihat […]

» Read more

Siapapun PM, Pemuda UMNO Konsisten Perjuangkan Sepuluh Tuntutan Rakyat – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya akan terus memperjuangkan sepuluh tuntutan rakyat tanpa mengira siapa yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri. “10 tuntutan rakyat akan terus kami suarakan dan perjuangkan tidak kira siapapun yang naik dan bakal dilantik YDP (Yang di-Pertuan) Agong menjadi Perdana Menteri. “Itu janji dan iltizam […]

» Read more

Geram, Sedih Dan Marahkan Rakyat Kerana Kegagalan Mentadbir Negara – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kini adalah masa untuk semua perlu memandang ke hadapan selepas pihak yang gagal telah pun diundurkan. Namun katanya, realiti semua tahu penyokong dan pendokong pihak yang telah kehilangan kuasa masih tidak puas hati maka sedang memperhebatkan dakyah ke atas UMNO terutama Presidennya. Jelasnya, gara-gara tersangat geram dan […]

» Read more

Ahli UMNO Diminta Ketepikan Perbezaan, Kembali Bertaut Demi Rakyat, Negara – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh ahli dan kepimpinan UMNO di semua peringkat untuk mengenepikan segala perbezaan dan kembali bertaut demi menjayakan agenda rakyat dan negara ini. Katanya, negara menyaksikan kemelut politik yang meresahkan semua pihak sejak beberapa bulan lalu dan hari ini, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin telah mengumumkan […]

» Read more

Sebab Itu UMNO Bertindak Demi Pastikan Nyawa Rakyat, Nasib Negara Tidak Terus Dipertaruhkan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 15 Ogos –Kelihatan Ordinan Darurat lebih bermanfaat politik berbanding menyelamatkan rakyat dan negara, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ujarnya, nada mereka mula berubah, mula bertutur dalam nada sedih lagi pilu gara-gara sedang terdesak. “Harap maaf rakyat tidak boleh terpedaya lagi. Rakyat tahu ini cuma satu lagi permainan persepsi. Hakikatnya rakyat lebih sedihkan berpuluh ribu […]

» Read more

Waspada Kenyataan/Berita Palsu, Sentiasa Rujuk Laman Rasmi UMNO

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Ibu Pejabat UMNO menerusi Jabatan Penerangan mengesan sebaran kenyataan/ berita/ infografik/ jemputan atau lain-lain sistem penyampaian maklumat bersifat palsu atau separa benar yang serius bertujuan untuk wujudkan suasana tidak tenteram dalam kalangan ahli parti mahupun pihak awam. Ibu Pejabat maklum aktiviti tidak sihat ini terkait dengan gelombang politik semasa negara, seterusnya menasihati ahli parti dan […]

» Read more

Adakah Kegagalan Yang Baik Apabila Ratusan Nyawa Rakyat Terkorban Setiap Hari?

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Baru-baru ini seorang menteri secara jelas mengaku kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Presiden PPBM telah gagal serta mendakwa ia adalah sebuah kegagalan yang baik iaitu gagal kerana belum berjaya dalam usaha. Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas kenyataan tersebut dengan mempersoalkan adakah suatu kegagalan yang baik apabila ratusan nyawa rakyat tidak bersalah […]

» Read more

‘Countdown’ 20 Hari Sesi Persekolahan :  Shahril Timbulkan Beberapa Persoalan Termasuk Soal SOP

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Cadangan sesi persekolahan yang hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi terus menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan ibu bapa dan hari ini tidak terkecuali  Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan  turut membangkitkan mengenainya. Menerusi perkongsian di Facebook beliau, Shahril membangkitkan beberapa perkara dan beranggapan mungkin ianya masih dalam tempoh perancangan serta perincian namun mengharapkan ianya tidaklah terlalu […]

» Read more

Pertimbang Semula Pembukaan Sekolah – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 12 Ogos- Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan berkata keputusan Kementerian Pendidikan untuk membuka semula sekolah pada 1 September akan datang harus dipertimbangkan semula. Katanya, terlalu banyak bilangan kes COVID-19 dalam negara dan berada pada tahap yang tertinggi pernah direkodkan. Jelasnya, negeri seperti Selangor terus merekodkan jumlah kes yang sangat tinggi, melebihi 6,000 kes sehari secara […]

» Read more

Beratur Rapat Tanpa Penjarakan Sosial, Amat Sukar Diterima – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – “Beratur rapat tanpa penjarakan sosial di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) amat sukar diterima.” Demikian luahan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ekoran tular sebuah video yang memaparkan orang ramai beratur tanpa penjarakan sosial ketika berbaris untuk mendapatkan vaksin di ibu negara. “Beratur rapat tanpa penjarakan sosial di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) amat sukar […]

» Read more
1 253 254 255 256 257 414