Tindakan Radikal Untuk Putuskan Rantaian COVID-19 – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Selagi tidak ada pendekatan yang radikal untuk menutup semua sektor dalam tempoh 14 hari terutamanya sektor perkilangan yang menjadi penyumbang utama kepada penularan COVID-19, selagi itulah kita sukar untuk memutuskan rantaian virus, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Persoalannya, selagi tidak putus rantaian virus ini selagi itulah kes-kes akan terus meningkat, […]

» Read more

Rakyat Parlimen Pagoh Terabai, Muhyiddin Pilih ‘Bulu’ Bagi Bantuan – Ismail Mohamed

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – UMNO Bahagian Pagoh menyifatkan rakyat di kawasan berkenaan tidak mendapat layanan yang sepatutnya meskipun ahli Parlimen mereka merupakan seorang Perdana Menteri. Ketuanya, Ismail Mohamed berkata ini kerana selepas isu ketiadaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Parlimen Pagoh dibangkitkan oleh ahli Parlimen pembangkang barulah pusat tersebut hendak dibuka meskipun di dewan yang kecil kapasitinya. “Sedangkan kita […]

» Read more

Melontarkan Cadangan Tidak Semestinya Menjerit… Kita Tenang-tenang Saja – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Parti sentiasa konsisten melontarkan pandangan kepada kerajaan bagi menghadapi krisis penularan pandemik COVID-19, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Namun jelas beliau disebabkan lambang demokrasi negara iaitu Parlimen digantung ianya sekaligus menyukarkan ahli-ahli Parlimen UMNO untuk membawa suara rakyat. “Sedangkan ramai tahu mana ada kita tidak pernah cuba membantu menangani pandemik. Konsisten […]

» Read more

Malaysia Berada Dalam Krisis Perlembagaan, Jalan Keluar Adalah Kerajaan Interim – Khaled

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Malaysia sedang berada dalam suatu krisis perlembagaan dan kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam tidak menjernihkan keadaan malah akan menjadikan ia semakin meruncing. Menurutnya, wakil rakyat UMNO hanya mempunyai satu pilihan iaitu mendukung titah Seri Padukan Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan sepenuh jiwa dan […]

» Read more

Kenyataan Istana : Hari  Yang Sangat Mengecewakan Buat Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, 29 Julai –  Hari ini merupakan hari yang sangat mengecewakan buat rakyat Malaysia apabila Kerajaan pimpinan Perdana Menteri telah terbukti membelakangi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tindakan membelakangkan Institusi Diraja ini merupakan satu bentuk penderhakaan dan perlu ditentang habis-habisan. Sebagai rakyat yang setia kepada Rajanya, penderhakaan ini tidak boleh diterima sama sekali, demikian pandangan Ketua Pemuda UMNO […]

» Read more

PM Dan Menteri Undang-Undang Perlu Bertanggungjawab – Sharkar

TEMERLOH, 29 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini yang menzahirkan rasa sangat dukacita Seri Paduka Baginda dengan kenyataan dibuat di Parlimen bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan yang mana pembatalan belum mendapat perkenan Seri Paduka. Exco […]

» Read more

Pembinaan Hospital Medan ATM Diteruskan Di Hospital Melaka – Ketua Menteri

MELAKA, 28 Julai – Hospital medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sebelum ini ditangguhkan pembinaannya di Hospital Jasin akan diteruskan di Hospital Melaka dalam masa terdekat. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata hospital itu akan dibina di kawasan parkir berhadapan lobi utama Hospital Melaka dengan jumlah 100 katil bagi menempatkan pesakit COVID-19. “Pembinaan hospital medan ATM penting […]

» Read more

Proklamasi Darurat Gagal Capai Objektif, Tiba-tiba Tamat… Kerajaan Perlu Jelaskan – Mohd Zaidy

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan berharap agar jawapan yang diberi oleh kerajaan bukanlah satu jawapan yang retorik sebaliknya penjelasan perlu dibuat secara terperinci berkaitan proklamasi Darurat di negara yang dikatakan telah tamat. Ketuanya, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata sejak dari awal lagi sememangnya tidak bersetuju dengan keputusan Kerajaan untuk melaksanakan Proklamasi Darurat kerana ia […]

» Read more

Tindakan UMNO Tidak Setuju Pelaksanaan Darurat Adalah Tepat – Noor Hariri

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kelantan Noor Hariri Mohamed Noor menyifatkan tindakan UMNO yang tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan darurat sebelum ini adalah tepat. Katanya ini kerana darurat yang dibuat telah gagal dimanfaatkan oleh kerajaan untuk kepentingan rakyat malah telah membuatkan ekonomi merudum sehingga memberi kesan kepada pelabur asing. “Kerajaan perlu memberi penjelasan secara terperinci […]

» Read more

PN Gunakan Parlimen Hanya Untuk Memenuhi Kepentingan Mereka – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berpandangan pembatalan Ordinan Darurat oleh kerajaan semalam adalah tidak berpelembagaan. Katanya ini kerana pembentangan Ordinan berkaitan Darurat ini telah dijadualkan untuk dibentangkan dalam persidang Parlimen Khas namun secara tiba-tiba ia telah dibatalkan. “Semua dilakukan tanpa ketelusan. Tiada pengumuman rasmi, tiada pembentangan di Parlimen, tiada makluman dari Istana Negara […]

» Read more
1 255 256 257 258 259 414