‘Countdown’ 20 Hari Sesi Persekolahan :  Shahril Timbulkan Beberapa Persoalan Termasuk Soal SOP

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Cadangan sesi persekolahan yang hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi terus menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan ibu bapa dan hari ini tidak terkecuali  Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan  turut membangkitkan mengenainya.

Menerusi perkongsian di Facebook beliau, Shahril membangkitkan beberapa perkara dan beranggapan mungkin ianya masih dalam tempoh perancangan serta perincian namun mengharapkan ianya tidaklah terlalu lama untuk diumumkan khususnya berkaitan SOP serta perkara-perkara lain yang berkaitan.

“Data dari KKM menunujukkan dari seluruh kes di negara ini, 17.6% kes berada di dalam golongan remaja dan kanak-kanak berusia 17 tahun kebawah. Mereka belum mendapat vaksin lagi dan mengikut surat pekeliling KKM, golongan 12-17 tahun akan mula menerima vaksinasi pada pertengahan bulan September selepas hampir 100% populasi dewasa telah menerima suntikan dos pertama. Jelas, risiko dijangkiti dan menjangkiti itu ada.

“Sekolah dijadual dibuka dalam masa 20 hari lagi. Tetapi, mana kenyataan Menteri memberi perincian SOP pembukaan semula sekolah atau, mana kenyataan Menteri memberi bayangan sama ada masih mahu meneruskan cadangan membuka pada 1 September atau mana kenyataan Menteri menggunakan pendekatan lebih bijaksana dan bukan “one size fits all” seperti dicadangkan oleh Timbalan Presiden UMNO.

“Atau mana kenyataan Menteri kalau mahu mengubahsuai idea dengan perincian seperti:

A-Sesi persekolahan jika hendak dibuka hanya untuk pelajar SPM dan STPM.

B-Sesi persekolahan kalau hendak dibuka hanya untuk kawasan pedalaman dan kawasan dimana liputan internet lemah seperti kawasan luar bandar yang dikategorikan sebagai Zon Hijau.

C-Pembukaan sekolah di kawasan yang berisiko rendah seperti Perlis, Sarawak, dan Labuan kerana peratusan vaksinasi yang tinggi.

D-Mengesyorkan bahawa warga pendidik kembali ke sekolah mesti telah divaksinasi

“Atau mana kenyataan Menteri berhubung 150 ribu peranti untuk PdPR yang akan masih terpaksa berlangsung? Pada mulanya dijanjikan selesai Februari. Kemudian dianjak ke September. Natijahnya, apa sahaja “option” yang hendak diputuskan,” katanya.

Kata beliau lagi, dimanakah menteri manakala mengikut semakan, kenyataan terakhir berhubung hal ini pada 17 Julai dan mungkin masih dalam tempoh perancangan serta  perincian dan diharapkan ianya tidak terlalu lama.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.