Waspada Kenyataan/Berita Palsu, Sentiasa Rujuk Laman Rasmi UMNO

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Ibu Pejabat UMNO menerusi Jabatan Penerangan mengesan sebaran kenyataan/ berita/ infografik/ jemputan atau lain-lain sistem penyampaian maklumat bersifat palsu atau separa benar yang serius bertujuan untuk wujudkan suasana tidak tenteram dalam kalangan ahli parti mahupun pihak awam.

Ibu Pejabat maklum aktiviti tidak sihat ini terkait dengan gelombang politik semasa negara, seterusnya menasihati ahli parti dan pihak awam agar terlebih dahulu semak kesahihan sesuatu kenyataan/ berita/ infografik/ jemputan atau apa-apa terkait dengannya sebelum berkongsi kepada pihak ketiga.

Sehubungan itu, semua pihak diminta untuk sentiasa rujuk laman rasmi www.umnoonline.my serta platform media sosial seperti facebook, twitter, instagram dan youtube bagi siaraya sebarang bentuk laporan, berita, infografik, video atau apa-apa berkaitan dengannya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.