Hutan Simpan Kuala Langat Utara: Langkah Drastik Perlu Jika Kerajaan Negeri Masih Berkeras – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 1 Sept. – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menyarankan agar suatu langkah akhir dan drastik dibuat oleh Kerajaan Persekutuan berikutan isu membabitkan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) ekoran keputusan kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang telah bersetuju menyahwartakannya. Katanya, Kerajaan Persekutuan boleh mempertimbang menggunakan peruntukan Perkara 83 Perlembagaan Persekutuan untuk mengambil hak milik kawasan yang telah […]

» Read more

Pemilihan UMNO Tangguh Ke Satu Tarikh Sebelum 29 Disember 2022 – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan Ibu Pejabat UMNO telah menerima surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM/RoS) yang memutuskan bahawa keputusan penangguhan pemilihan UMNO untuk penggal 2021/2023 telah dibuat secara teratur. Sehubungan itu katanya, pemilihan jawatan UMNO untuk Majlis Kerja Tertinggi (MKT), bahagian dan cawangan adalah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan […]

» Read more

Iklim Politik Kini Sangat Dinamik, Persiapan Jentera Dan Strategi Baharu Amat Diperlukan – Dr Shamsul Anuar

LENGGONG, 29 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata semua pendukung dan jentera parti kini menghadapi cabaran yang semakin besar. Ujar Ahli Parlimen Lenggong itu, semua akan berhadapan dengan situasi dan iklim politik yang sangat dinamik. “Semua ini memerlukan persiapan dan strategi baru oleh kita. Kita mesti buat perubahan sesuai dengan perubahan baru […]

» Read more

Kepentingan Rakyat, Negara Tetap Jadi Keutamaan Presiden UMNO

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Ramai tertanya-tanya apakah sikap dan pendekatan Presiden UMNO selepas ini? Sikap dan pendekatan terhadap isu-isu kepentingan rakyat dan negara selepas kerajaan bertukar? Persoalan tersebut dijawab oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan berkata tiada apa yang akan berubah dan tiada apa yang akan berkurangan. “Kepentingan rakyat dan negara tetap jadi keutamaan walau […]

» Read more

Shahanim Harap Kerajaan Segerakan Bantuan Untuk Rakyat

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Ketua UMNO Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff mengharapkan agar kerajaan baharu khususnya mereka yang baharu dilantik untuk mempertimbangkan bantuan tambahan wang tunai dan bantuan bakul makanan serta mempertimbangkan penambahan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada mereka yang terkesan. Menurut beliau ianya bagi menampung pembelanjaan harian yang semakin meruncing ketika negara terus berdepan dengan […]

» Read more

MKT UMNO Junjung Perkenan Agong, Sedia Bantu PM Pastikan Kelancaran Pentadbiran Kerajaan

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – UMNO mesti menjadi pelopor kepada usaha reformasi institusi dalam pelbagai cabang kerajaan termasuklah untuk mewujudkan Parlimen yang lebih efisien, pentadbiran telus dan bersih, pendanaan politik, Akta Anti Lompat Parti, campur tangan politik dalam pelbagai institusi-institusi yang menjadi benteng kedaulatan undang-undang seperti Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan lain-lain. Demikian tegas Presiden […]

» Read more

COVID-19: Dengar Nasihat Pakar Antara Saranan Pemerhati Kepada Kerajaan Baharu

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Dengar pandangan pakar dan ambil kira pendapat majoriti rakyat dalam menguruskan pandemik COVID-19 di negara ini adalah antara perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Pemerhati politik dan kesihatan berpendapat beberapa kesilapan pentadbiran terdahulu dalam menguruskan COVID-19 merupakan penyebab utama ia kehilangan keyakinan majoriti rakyat […]

» Read more

Rakyat Letak Harapan Besar, Jadikan Kegagalan Lalu Sebagai Sempadan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata rakyat meletakkan harapan besar kepada kerajaan baharu untuk melakukan perubahan. Jelasnya menerusi catatan di Facebook, perubahan yang diinginkan itu adalah supaya negara terlepas daripada ancaman pandemik COVID-19 yang semakin memburuk. Ahmad Zahid turut menyenaraikan beberapa kegagalan pentadbiran terdahulu yang wajar dijadikan sempadan: 1) Keputusan populis yang […]

» Read more

Strategi Kerajaan Tangani COVID-19 Akan Terus Diperkasa – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memberi jaminan akan meneruskan dan memperkasa strategi menangani pandemik COVID-19 yang telah dirangka kerajaan sebelum ini dengan mengambil kira pandangan pakar-pakar kesihatan awam negara. Beliau berkata setiap intervensi dan usaha kerajaan untuk menurunkan kes COVID-19 akan dilakukan secara lebih komprehensif menerusi kerjasama strategik rentas kerajaan dengan penglibatan pihak […]

» Read more

Ismail Sabri Pentingkan Ketepatan Masa, Utamakan Kebajikan Rakyat

BERA,21 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disifatkan sebagai seorang yang sangat mementingkan ketepatan masa, mudah didekati dan menitikberatkan kebajikan rakyat tanpa mengira warna kulit. Berkongsi sisi peribadi Ahli Parlimen Bera itu, kenalan lamanya Abu Hassan Mohd Endut, 73, yang sudah mengenali Ismail Sabri lebih 20 tahun ketika sama-sama mula bergiat aktif dalam UMNO menyifatkan beliau sebagai […]

» Read more
1 252 253 254 255 256 414