Antara Undi Tidak Percaya Dan Propaganda Malu Besar Di Semenyih

Sebenarnya, isu mudah. UMNO dan PAS telah membuktikan ketulinan kerjasama di antara mereka. Jika pada awalnya hanya kepimpinan sahaja tetapi kini turut melibatkan akar umbi dari segi gerak kerja pilihanraya dan undi. Maka untuk memastikan undi berpecah dan berpihak kepada PH, Tun Dr Mahathir Mohamad cuba berpropaganda di PRK Semenyih kononnya PAS tidak sokong BN. Tetapi ianya terlalu awal di […]

» Read more

BN Terus Berkempen Dekati Pengundi, Abai Kempen Negatif – Shahril Sufian

SEMENYIH,  20 Feb – Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Shahril Sufian Hamdan berkata pergerakan itu akan terus berkempen mengikut cara mereka dan tidak akan terikut-ikut dengan tindak-tanduk pihak tertentu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang hari pengundiannya akan diadakan pada 2 Mac depan. Menurut beliau apa yang penting ialah sentuhan kepada pengundi akan diteruskan dan ditingkatkan […]

» Read more

Pilih Parti Yang Ada Bukti Dan Bukan Sekadar Janji – Annuar Musa

SEMENYIH, 20 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) boleh diburukkan oleh sesiapa sahaja namun bukti dan jasa yang telah dilaksanakan sejak memerdekakan negara tidak boleh dilupuskan begitu sahaja. Menurut beliau sebab itulah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih  calon BN, Zakaria Hanafi membawa mesej ‘Bukti Bukan Sekadar […]

» Read more

Kehadiran Zahid Di Semenyih Mendapat Sambutan Hangat

SEMENYIH, 20 Feb – “Ini kali ketiga saya turun… saya tidak turun membantu jentera UMNO atau BN, saya turun sebagai individu dan kehadiran yang dianjurkan oleh NGO. Walaupun saya bercuti saya tidak pernah bercuti sebagai ahli UMNO,” jelas Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata demikian ketika ditanya media berkaitan kehadirannya di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri […]

» Read more

Kerjasama UMNO-PAS Melangkau PRK, Fokus Kegagalan Kerajaan Kakistokrasi PH

KUALA LUMPUR, 19 Feb – Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan bahawa kerjasama UMNO-PAS menjangkaui Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih yang sedang berlangsung sekarang ini kerana banyak perkara yang masih boleh diperbaiki, diteruskan dan diolah demi kepentingan kedua-dua parti dalam menawarkan alternatif kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH). Katanya, tunjang utama kerjasama ini adalah daripada […]

» Read more

PH Jangan Bohong Kata Tiada Duit, Kembalikan RM450 BSH Kepada Golongan Bujang

KUALA LUMPUR, 19 Feb – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengembalikan bantuan RM450 kepada golongan bujang di negara ini. Dalam hantaran di Facebooknya, Khairy turut mengingatkan kerajaan PH agar tidak perlu berbohong lagi kononnya kedudukan kewangan negara dalam keadaan kritikal. “Jika lihat peruntukan Belanjawan 2019 berjumlah RM316.55 bilion, jumlahnya adalah jauh lebih besar dari peruntukan […]

» Read more

‘Demi Ummah Kita Muafakat’, Topik Diskusi Di ‘FB Live’ Malam Ini

KUALA LUMPUR, 18 Feb – Malam ini, Penerangan UMNO Malaysia akan membawakan siaran secara langsung (Live) Diskusi N.24 Semenyih dengan topik perbincangan ‘Demi Ummah Kita Muafakat’. Ia akan menampilkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya sebagai ahli panel manakala Datuk Dr Noor Azizan Abdul Majid akan bertindak sebagai moderator. Dijadualkan, UMNO-Online akan menyiarkan diskusi tersebut pada […]

» Read more

BN Desak SPR Lebih Proaktif Pastikan Tiada Kesalahan Akta Pilihan Raya Dilakukan

SEMENYIH, 19 Feb – Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar lebih proaktif bagi memastikan PRK ini berjalan dengan adil dan telus. Jelas beliau, ini kerana sudah ada laporan yang mengatakan Pakatan Harapan (PH) melanggar Akta Pilihan Raya. “Saya mendapat laporan di Kuala Pajam di mana […]

» Read more

Kerajaan PH Hanya Pandai Janji Kosong, Pengundi Semenyih Sudah Serik

SEMENYIH, 19 Feb – “Masalah plastik 20 sen pun dia tak boleh selesai, habis macam mana dia nak selesai masalah lain. Kerajaan Pakatan Harapan (PH) ni kosong, satu benda pun tak ada apa,” ujar Hamjad Harun, 66. Hamjad merupakan seorang peniaga dan pengundi di Semenyih ternyata kecewa dengan kerajaan pimpinan PH yang hanya tahu berjanji kosong. “Sudahlah banyak imbuhan yang […]

» Read more

Undi BN Demi Solidariti Umat Islam Selamatkan TH, Menteri Agama Ikut Telunjuk Dap

KUALA LUMPUR, 19 Feb – Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berharap pengundi Melayu Semenyih akan memberi undi solid 100 peratus kepada calon Barisan Nasional (BN) sebagai simbol bantahan rakyat Malaysia terhadap Kerajaan Pakatan Harapan(PH) terutamanya selepas apa yang berlaku berkaitanTabung Haji (TH). Tegasnya, tindakan Kerajaan PH memansuhkan subsidi untuk jemaah haji muassasah sama ada pengiring, […]

» Read more
1 … 2,484 2,485 2,486 2,487 2,488 … 2,518