‘Demi Ummah Kita Muafakat’, Topik Diskusi Di ‘FB Live’ Malam Ini


KUALA LUMPUR, 18 Feb – Malam ini, Penerangan UMNO Malaysia akan membawakan siaran secara langsung (Live) Diskusi N.24 Semenyih dengan topik perbincangan ‘Demi Ummah Kita Muafakat’.

Ia akan menampilkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya sebagai ahli panel manakala Datuk Dr Noor Azizan Abdul Majid akan bertindak sebagai moderator.

Dijadualkan, UMNO-Online akan menyiarkan diskusi tersebut pada jam 9 malam melalui medium Facebook rasmi parti, www.facebook.com/mediaumnomalaysia. – Media UMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.