Kehadiran Zahid Di Semenyih Mendapat Sambutan Hangat


SEMENYIH, 20 Feb – “Ini kali ketiga saya turun… saya tidak turun membantu jentera UMNO atau BN, saya turun sebagai individu dan kehadiran yang dianjurkan oleh NGO. Walaupun saya bercuti saya tidak pernah bercuti sebagai ahli UMNO,” jelas Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya media berkaitan kehadirannya di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Zahid semalam telah memeriahkan program ‘Ride Makmurkan Rumah Allah 3.0’ yang dianjurkan oleh NGO Akhirat Di Depan.

Kehadiran beliau di surau At-Taqwa Kampung Sentosa bagi menunaikan solat Magrib mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat.

Zahid kemudiannya menunaikan solat Isyak di surau Al-Furqan Taman Semenyih Tiga dan seterusnya beramah mesra bersama orang ramai di restoran Capati Razak.

Kira-kira 300 orang dari pelbagai bangsa menanti kehadiran beliau di restoran tersebut. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.