Antara Undi Tidak Percaya Dan Propaganda Malu Besar Di Semenyih

Sebenarnya, isu mudah. UMNO dan PAS telah membuktikan ketulinan kerjasama di antara mereka.

Jika pada awalnya hanya kepimpinan sahaja tetapi kini turut melibatkan akar umbi dari segi gerak kerja pilihanraya dan undi.

Maka untuk memastikan undi berpecah dan berpihak kepada PH, Tun Dr Mahathir Mohamad cuba berpropaganda di PRK Semenyih kononnya PAS tidak sokong BN. Tetapi ianya terlalu awal di permulaan tempoh berkempen.

Mahathir mungkin terlupa hari ini adalah era media sosial di mana berita sampai, diulas, dijawab dan dinafikan dengan segera. Percubaan untuk memecah belahkan kerjasama dan keraguan di antara PAS-UMNO telah ditangkis oleh kedua-dua pihak.

Malah, respons kepimpinan PAS-UMNO itu turut sampai direct dan cepat ke akar umbi melalui blog, portal, whatsapp dan pelbagai aplikasi.

Realitinya, berita disebar bukan sahaja melalui media-media yang dikawal oleh kerajaan seperti zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri ke-4.

Tetapi kita juga faham dengan tindakan terdesak Mahathir di PRK Semenyih. Ini adalah kerusi pertama yg calonnya daripada parti PPBM selepas PRU14. PRK ini pula adalah ke-6 selepas PRU14, iaitu Cameron Highland (BN), Sungai Kandis (PKR), Seri Setia (PAN) dan Balakong (DAP) di Selangor dan Port Dickson (PKR) di Negeri Sembilan.

Malu besar jika PPBM kalah, lebih-lebih lagi apabila ahli-ahli parlimennya bertambah bukan melalui pilihanraya tapi jalan songsang belakang yang mengkhianati undi rakyat.

BN dan PAS bekerjasama serta fokus kepada satu calon sahaja dan dengan segala janji-janji palsu PH, pembohongan pemimpin-pemimpin PH dan u-turn kerajaan PH, Mahathir dan PPBM memang patut khuatir.

PRK adalah kesempatan terbaik untuk rakyat menyatakan kekecewaan dan tidak puas hati mereka.

Bagaimanapun, tindakan Mahathir itu telah mendedahkan konflik dalaman PH. Wujud usaha daripada parti komponen PH yang mungkin memulakan undi tidak percaya terhadapnya di parlimen.

“Semua bermula dengan kenyataan Mahathir sendiri. Kita orang politik boleh faham, ada yang tak kena mungkin berlaku dalam PH.

“Dia ada sebut dua parti, saya tak mahu sebutlah,” kata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.

Apakah kerana itu, PPBM sanggup menipu rakyat dan memungkiri janji sekali lagi? Kali ini di negeri Sabah.

 

Logically….rakyat masih percaya lagi?

Apakah kerana itu juga wujud segala cerita di belakang tabir tentang pergerakan sesetengah ahli parlimen UMNO itu sendiri?

Apakah ianya tentang parti atau kuasa?

Tapi dalam masa yang sama, apakah isu ‘undi tidak percaya’ itu hanya pre-empt kejut sahaja?

Atau satu lagi propaganda untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu kehidupan yang semakin susah, kenaikan sara hidup, lelong harta negara kepada negara asing, pembohongan PH dan ketidakmampuan kerajaan PH mentadbir negara?

Dewan Rakyat akan bersidang pada 11 Mac hingga 11 April 2019. Kita saksikan sendiri…penulis tidak mahu beritahu kesudahannya.

Tapi, dalam masa yang sama, isu-isu rakyat mesti dibangkitkan setiap masa dan tidak tenggelam dek isu-isu yang sengaja dicipta oleh PH.

Dr Novandri Hasan Basri

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.