Undi BN Demi Solidariti Umat Islam Selamatkan TH, Menteri Agama Ikut Telunjuk Dap


KUALA LUMPUR, 19 Feb – Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berharap pengundi Melayu Semenyih akan memberi undi solid 100 peratus kepada calon Barisan Nasional (BN) sebagai simbol bantahan rakyat Malaysia terhadap Kerajaan Pakatan Harapan(PH) terutamanya selepas apa yang berlaku berkaitanTabung Haji (TH).

Tegasnya, tindakan Kerajaan PH memansuhkan subsidi untuk jemaah haji muassasah sama ada pengiring, mahram dan kes rayuan yang berjaya menunaikan haji lebih awal dari tahun peruntukan wajib dibantah.

“Kenapa mahu dimansuhkan subsidi jika mereka dapat pergi awal? Apakah itu muslihat Guan Eng untuk memansuhkan subsidi haji secara sulit dan berperingkat?” soal beliau dalam kenyataan menerusi laman Facebook, hari ini.

Bidas beliau, Dr Mujahid menteri yang jaga TH pula masih berdolak-dalik.

“Beliau kata jangan percaya pada kenyataan yang tidak betul. Kalau tidak betul, nafikan sahaja dan beritahu apa yang betul dengan segera.”

Jelasnya, rakyat masih tidak lupa apabila Dr Mujahid menuduh kononnya TH membayar hibah empat tahun berturut turut (2014-2017) secara haram yang ini menyebabkan TH rugi sebanyak RM4.1 bilion.

“Pengurusan lama dituduh membayar hibah menggunakan wang pendeposit. Asas tuduhan itu ialah liabiliti TH (RM74.4B) melebihi aset TH (RM70.3B).

“Masalahnya menteri tidak merujuk laporan audit Ernst & Young. Rupanya ia adalah muslihat yang menyebabkan TH diletakkan di bawah Bank Negara (Kementerian Kewangan Dap). Akibatnya tanah milik TH di TRX dijual kepada PSV Kementerian Kewangan pada 15 Januari 2019.

“Lim Guan Eng sampai sekarang tidak mendedahkan berapa harga jualannya. TH sebelum ini membeli tanah itu dengan harga RM188.5 Juta. Yang peliknya, Guan Eng pada 12 Febuari 2019 mengumumkan tanah TRX bermilai RM40 Bilion adalah aset terbaik negara. Jika begitu kenapa tanah TH di situ dijual?”

Katanya, bayangkan kalau pembangunan tanah TH di TRX yang bernilai RM900 juta dapat diteruskan sudah tentu ia menguntungkan berjuta ringgit kepada Tabung Haji.

“Dan sudah tentu TH dapat terus memberi subsidi haji kepada umat Islam, tetapi itulah akibatnya apabila Menteri Agama terlalu lemah dan ikut telunjuk Dap maka masa depan TH semakin gelap.

“Ayuh pengundi Melayu Semenyih. Kita bersolidariti dengan umat Islam Malaysia untuk menyelamatkan Tabung Haji. Berilah undi solid kepada calon BN,” katanya dengan #buktibukansetakatjanji. – MediaUMNO